Kundasang

Kundasang

Jumaat, 5 Februari 2016

Paya Indah Wetlands...jom tengok badak air.

Weekend..
Anak merengek...
Wife ada aktiviti dengan rakan sekerja...
Anak nak ikut tapi tak boleh...
Tanya anak korang nak tengok badak makan tak?
Naknaknaknak....OK siap cepat kita pegi tengok badak.Beli makanan siap-siap kut manusia takde makanan di sana.
Google maps suruh ikut puchong,maleh la,kami masuk elite ikut batu tiga shah alam,exit putrajaya dan cari jalan ke dengkil.Sampai di pekan dengkil bila jumpa balai polis belok ke kanan.Teruskan memandu sehingga jumpa papan tanda Paya Indah Wetlands sebelah kanan.Terus memandu sehingga jumpa pintu pagar seperti digambar ini.
Angkat tangan pada pak guard dan bagi salam,terus memandu ke pusat penerangan untuk mendaftar.
Parking kenderaan anda,anda akan di sambut oleh beberapa ekor burung merak.Tuju ke pusat penerangañ dan daftarkan kenderaan dan ahli keluarga anda.
Anda dapat lihat badak air merupakan main attraction disini.
Senarai aktiviti pada hujung minggu disini. 
Pada yang suka menunggang basikal ada disewakan dengan kadar rm5 sejam.
Baru 9.30 pagi,badak tengah mandi so kita makan dulu.Bekalan dah bawa,order air sahaja.Lepas makan kita pusing satu round, tengok kawasan dulu.
Chalet juga ada disediakan pada yang berminat untuk menginap di sini,rm120 semalam,besar juga chaletnya.Kemudahan Ber BBQ pun ada.Jam dah dekat pukul 10.Jom kita ke kolam badak air.
Baca dulu notis ini ya.
Korang makan sayur dulu.....
Jom makan buah pulak, nyamnyamnyam!


Jangan duduk rapat sangat, boleh terpercik jus pisang sama betik nanti..


Aaaaa....besor betul dia menganga....Lepas ni kita pegi tengok buaya makan pulak.Jadual makan sang buaya adalah pukul 11 pagi, sementara tu bagi budak-budak main basikal sewa dulu,perlu diingatkan,bawa bekalan air secukupnya sekiranya tidak, air dan makanan ada dijual di sini.
Haus bebenor rupenye....
Lebih kurang jam 11 pagi akan kelihatan sebuah 4wd mengundur perlahan-lahan ke arah kolam buaya.Penjaga meniup wisel memanggil sang buaya.Buaya buat bodoh...cepatlah makan kitorang kat atas ni kepanasan korang syokla berendam...

Rilekje dia duduk bawah pokok....macam tak lapar jee...

Haaaa....tudiaaaa...dia rapat sikit-sikit...

Ngap!

Berenang kembali menuju ke lubuknya.Macam tak banyak buaya di dalam kolam tu,jangan salah sangka,bancian perhilitan menunjukan ada 52 ekor buaya berbagai saiz di dalam tu, jadi jangan ingat air tenang tiada buaya.
Lepas tengok buaya tu saya biarkan anak-anak berbasikal sehingga 12 tengah hàri, anak-anak pun enjoy dan minta untuk kesini lagi.Kos memang tidak tinggi sekiranya dari Shah Alam seperti kami.
Masuk: Percuma
Petrol:rm20
Tol:rm7.80 pergi balik
Sewa basikal :rm15(3 buah)
Minuman:rm7.50.
Kalau nak jimat lagi bawa basikal dan bekalan makanan dan minuman sendiri.
Selamat beriadah!