Kundasang

Kundasang

Ahad, 5 Jun 2016

Roadtrip kami ke samui( semalam di Hatyai)

Assalamualaikum
Semalam kami sekeluarga selamat sampai ke rumah setelah bermusafir selama 7 hari enam malam.
Hari pertama 29/5/16 kami bergerak dari shah alam pukul 4 pagi.Hujan lebat dibeberapa kawasan menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu perlahan.
Solat subuh di hentian Tapah.
Urusan insurans di caltex hentian gurun.
Tukar matawang di kedai kopi 55 changloon.
Kami sampai di sempadan dalam pukul 12 tengahari.
Urusan imigresen Malaysia cuma pandu lalu turunkan cermin dan hulurkan paspot.
Tiba di sebelah Thailand urusan menjadi complicated sedikit.Kami pandu kereta masuk ke pekan danok,cari parking dan nerjalan kaki ke kaunter imigresen untuk beratur.Semua yang terlibat kena beratur.
Oleh kerana kami menggunakan paspot berkumpulan cuma muka saya discan.Tapi charge tetap kena rm10(seorang rm5).
Selepas selesai imigresen keluarga saya pergi menunggu dalam kereta sementara saya berurusan dengan pihak kastam.Tingkap pertama hulurkan geran.Pegawai tersebut akan masukan data kenderaan kita dan menyerahkan dua copy borang pengisytiharan kereta.Selepas itu pergi ke tingkap kedua hulurkan borang itu dan tandatangan.Salinan akan di beri dimana salinan ini wajip di pulangkan semasa balik ke Malaysia.
mula-mula kereta beratur...
lepas tu orang beratur...
beratur lagi.......
Selesai urusan mengambil masa hampir dua jam.Saya beli simpack tourist dengan pakej 1.5 GB seminggu.Harganya thb 40 tak silap saya.Kami pun berpusing-pusing dalam pekan danok mencari restoran halal.Jumpa sebuah kami terus terjah dan memesan makanan, lapoooorrr....
Lepas makan kami memulakan perjalanan ke Hatyai.Dekat nak sampai ke Hatyai GPS kami hilang signal,berpusing-pusing kami dalam bandar sebelum jumpa tempat penginapan kami.Selesai mandi dan solar jamak kami tahan sebuah tuk-tuk untuk ke pasar terapung khlong hae.RM 50 untuk duahala.
sampan otak-otak sebelah sampan air minuman

mula-mula naik muka masing-masing cuak semacam.

makcik tuk-tuk mengiringi kami,dia duk ulang,you no worry....I no run....

apa nak beli..apa nak beli....

semasa lagu kebangsaan Thailand di mainkan yang dalam sampan pun berdiri....

dia nak telur puyuh goreng

Kami terpaksa pulang awal kerana hari hujan.Jenuh makcik tuk-tuk cari kami dicelah orang ramai.Kami terus pulang ke hotel.Namanya hotel Laemthong.Hotel harga bajet  kami dapat 2 katil double dan dua bilik air.Ada peti ais TV dan aircon yang penting harga berpatutan.
Selesai solat jamak kami jalan kaki ke pasar malam Lee garden,tak jauh selang tiga blok sahaja.Terlupa nak ambik gambar bilik. 
Anak saya terkejut lihat orang Thai bersembang kuat semasa tunggu roti pishang..

Macam nak borong semua....sabarrr...sabarrrr....

bangga la tu dapat bergambar sebelah duruian(dia memang tak suka durian dari dalam perut mama dia lagi)


Saya beli phad thai,pulut durian dan ayam goreng.Semunya di satu kedai.Macam-macam ada tapi tak boleh ikut nafsu.Orang lain shopping baju dan cenderamata kerana mereka dah makan di khlong hae.
OK jom rehat dulu esok nak jalan jauh.

3 ulasan: