Kundasang

Kundasang

Selasa, 7 Jun 2016

Roadtrip kami ke samui (Hari terakhir di samui)

Dah nak balik dah,pagi ni kami sarapan seperti biasa di bilik,



Ringkas-ringkas sahaja.

Isteri berkemas sementara saya tunggu anak-anak mandi.
Bergambar sementara menunggu check out.
Hari ini kami dapat makan nasi ayam Hainan, 

Saya makan kuetiaw sup,kononnya tak mau kenyang sangat.





 Ini nama kedainya,tepi jalan je.Jumpa dia dulu sebelum kedai depan bangkok hospital tu.Lepas makan kami ke fishermans village untuk shopping last minute.Lepas tu kami terus ke pejabat seatran untuk beli ticket.Masa tu pukul 1.30,kerani tu kabor pukul 4 baru boleh naik feri,kami tersadai dekat 3jam disitu.nak gerak tak boleh nanti giliran diambil orang,tunggu je la.Solat pun celah-celah kereta.
Kalau nak naik cepat kena book dan bayar siap-siap.







Kami sampai didarat dekat pukul 6,tersilap simpang dan kami sesat dalam kampung khanom,cantik kampungnya ada chalet dan banyak resort.Tak sempat ambil gambar kerana kejar masa.Selesai isi minyak dekat pukul 7,keadaan dah mula gelap.Saya risau kerana kebanyakan blogger tidak menggalakkan night driving.Nak buat macam mana?Ni kira situasi terdesak.Saya meneruskan memandu dalam hujan lebat diwaktu malam,risau dan bimbang,maklumlah negara orang.Mujur isteri menemani sepanjang jalan,kena tahan roadblock,mujur dilepaskan selepas di periksa,kami tiba di kaoseng resort 12 malam,bertekak dengan penjaga kerana dia suruh bayar semua charge bilik.Mana mungkin kerana semua bayaran telah dibuat.Mujur ada satu pasangan Thai yang tolong translatekan,penjaga tu telefon owner resort dan kami dapat check in.Selepas check in kami keluar semula cari nasi,mujur ada kedai yang masih buka.Lapar sangat,mujur dalam perjalanan ada roti buat kudapan.
Ini nama kedainya, terletak di jalan khao San songkhla.Sepanjang jalan ini banyak peniaga Muslim dan ada masjid.




Makanannya sedap tapi kailan ikan masinnya sangat pedas.Selesai makan pukul satu pagi,kami balik berehat dan solat sebelum tidur.Esok sambung lagi.

3 ulasan: