Kundasang

Kundasang

Rabu, 15 Jun 2016

Hari terakhir kami di Thailand

Mmmm.....pejam celik dah masuk enam hari kami bermusafir di Thailand. Seronok dan sedih.Seronok bermusafir dan sedih kerana terpaksa pulang.Selesai berkemas kami keluar membeli sarapan.Lebih kepada brunch.Hari ini jumaat beberapa kedai tutup.Pilihan kami seperti biasa khaomok dan pulut ayam,isteri beli nasi putih dan lauk.

Yang ini Thai fish cake.


Ikan kembung sumbat,sampai tak nampak ikan hahaha....

Singgang ikan kembung.Sama macam singgang kita.

Yang warna kuning tu gulai rebung dengan fish ball.

Kerabu jangan lupa

Cantik potongan fishballnya.

Berselera mereka...

Makan sambil lihat bot lalu lalang.

Motor aiskrim pun ada konvoi.Salah seorang darinya brader yang meniaga di pulau Koyo semalam.

Lepas makan amik gambar kepala naga.

Perpustakaan bergerak ni kami perhatikan sentiasa ada di sini.Kami teruskan dengan aktiviti last minute souvenir shopping.
Selesai shopping kami meneruskan perjalanan balik ke bilik....mata saya meliar mencari penjual aiskrim kelapa....namun tiada kelihatan penjual Muslim.Barangkali cuti jumaat kot?
Akhirnya terjumpa seorang penjual Muslim....


Dua Kak....


Ngeee......
Aisrim,serve dalam tempurung,ada pulut,roti,isi kelapa,kacang,jeli kering....mmmmm....lepas satu lagi hajat.Alhamdulillah....
Kami pun balik ke bilik, mandi dan check out.Selesai isi minyak dan beli teh ais madu dan kopi ais kami bergerak meninggalkan Songkhla....destinasi beikutnya adalah pekan Danok.
Sesi perabih baht di danok, beli beras, pulut,thermos nasi, kukus, dan plet no Thailand hehehe....
Kedai stiker

Kita makan dulu..



Menu special daging bakar.Dihidangkan bersama sos dan daun selasih.


Pulut mangga dan pulut durian. 
Singgah solat di masjid danok....selepas tu pulang ke Malaysia!

Jangan lupa pulang borang pengisytiharan kastam ini.Kami seberang ke Malaysia jam enam petang,isteri saya cadangkan tidur di pulau pinang,kalau drive takut mengantuk.
So kami tidurlah semalam di pulau pinang.
Keesokan harinya badan dan segar,saya bawa keluarga bersarapan di batu feringghi,anak-anak nak mandi laut.Aritu kat samui depa galak mandi pool, laut pun tak pandang.


Lepas bergumbira kami balik ke bilik untuk check out.Singgah ke little India cari rempah.

Nak tapau mana satu ni? Kapitan ke kassim mustaffa?


Wife kata kassim mustaffa, ada nostalgia bapanya pernah bawa makan di situ.

Anney kasi bungkus....


Singgah makan di r n r juru. Selesai makan dan solat kami meneruskan perjalanan pulang.Alhamdulillah selamat sampai jam 5.30 petang. Syukur tiada perkara yang buruk menimpa kami sepanjang perjalanan 7 hari 6 malam.Kali pertama kami road trip ke luar negara, tanpa konvoi, hanya sebuah kenderaan dan satu keluarga, mencari pengalaman di negara orang.Banyak yang kami pelajari, benda baru dan menarik membuka mata dan minda kami.Insya Allah kami akan ke sana lagi sekiranya di izinkan Allah.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan