Apa khabar semua?
Lama tak menaip....almaklumlah sibuk kan anak-anak baru mula sekolah.Kali ini saya nak kongsi pengalaman kami bercuti di negeri Sabah.
Kalau ikut rancangan awalnya kami nak ke Kota Kinabalu,kemudian ke Kundasang dan akhirnya ke Pulau Manukan.Tapi apa kan daya, kita hanya merancang.Aktiviti ke pulau terpaksa dibatalkan di peringkat akhir kerana kesuntukan masa.
Baiklah perjalanan kami bermula pada hari jumaat 10/2(kalender kami tulis cuti thaipusam) tapi sebenarnya thaipusam jatuh 9/2.Tercuti lah pulak anak2.Flight air Asia jam 9.25am.Jadi seawal 5.30am kami bergerak menuju ke Klia2.Singgah solat subuh di petronas klia dan kemudiannya terus park kereta kami di gateway klia2.Kami lakukan semua prosedur tanpa tergesa-gesa kerana kami sampai awal.Sempatlah berehat sementara menunggu waktu boarding. Penerbangan kami berlepas mengikut masa.
Saya pilih tempat duduk di bahagian belakang untuk senang ke tandas.Minta tolong anak saya ambil gambar di luar pesawat.Dapat gambar seperti bawah ni pun jadilah..
Pesawat mendarat di KKIA jam 12.30 tengahari.
.Kami contact owner kereta sewa yang telah ditempah.Dia kata selepas solat jumaat dia akan hantarkan kereta.Kami lupa bahawa di sini waktu solat masuk kira-kira sejam lebih awal dari semenanjung.Tunggulah kami sementara beliau menyudahkan solat jumaatnya.Sementara itu anak bungsu saya bermain dengan luggage bagi menghilangkan rasa bosan.Selesai urusan sewa kereta kami terus menuju ke tanjung aru.Isteri saya teringin nak makan ABC Kinabalu. Bolehlah kami makan tengahari sekali. Pantai Tanjung Aru cantik sekali.Sayangnya tandas awam dan bilik mandinya kurang bersih.Boleh menghilangkan selera pengunjung untuk menjamu selera dan mandi-manda disitu. Makanan yang dijual pun agak mahal. Nasi goreng paprika,nasi goreng salad,pataya,
sepinggan mee goreng,sedap mee goreng ni
lima ketul kepak ayam,agak kurang sikit.
Coconut shake ni tigablas hengget tau....
Harga makanan agak mahal di sini.
Jadi dinasihatkan kalau tak terpaksa toksah lah makan dekat sini. Isteri saya teringin nak rasa ABC kinabalu. Itulah sebab utama kami kemari.
Mula-mula mereka hantar peralatan nak makan ABC.
Lepas tu mereka hantar ABC nya....rm25 tu.......
Selesai makan dan berehat kami pun terus mencari tempat penginapan kami,promenade service apartment. Kami tempah family room dengan harga rm108 sebilik. Berpusing-pusing juga almaklumlah baru sampai. Akhirnya jumpa juga tapi biliknya belum siap. Kami pun peegilah pusing-pusing survey tempat nak makan malam. Ramai blogger suggest gerai sinar delima. Landmarknya roundabout ikan todak. Kami survey pasar kraftangan,pasar filipina, dan jeti jesselton point,kerana salah satu agendanya kami nak ke pulau manukan. Selepas itu kami pun check in.
Ada ruang tamu
Dua katil double
Luas biliknya,kami berehat,mandi dan solat sementara menunggu waktu maghrib, parking charge rm2 per entry tapi kena minta cop hotel di reception.selesai solat kami pun keluar makan malam. Tujuan kami ialah ke gerai sinar delima
,yalah kita baca dalam beberapa blog reviewnya amat bagus,Malangnya bila kami tiba lobster idaman isteri saya sudah habis.Mujur ownernya dapat beli dari gerai lain, tapi harganya mahal lah sikit.Sementara menunggu pesanan kami siap,saya merayap di sekeliling gerai kami makan untuk survey seafood di gerai lain. Hahaha naik juling mata saya.Rasa macam nak datang lagi lain kali.Mana cukup makan sekali sahaja di sini hihihihi....
menu kami malam itu ialah nasi putih,sup sayur,telur dadar,
Ikan kerapu masam manis
Sotong goreng tepung
Udang butter kering
Lobster telur masin
.Memang puas makan,sampai naik sengkak perut hehehe....selesai makan kami pun menuju ke pasar malam sinsuran,saya cuma tunggu dalam kereta sahaja,susah nak parking disini,isteri dan anak-anak pergi shopping cari souvenir. Anak saya beli ni hihi selesai shopping kami pun pulang berehat,esok kami nak ke Kundasang pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan