Huhuhuhu subuh masuk awal di Sabah.5.15 pagi dah azan,so kena bangun awal hari ini,kita nak sampai awal di Kundasang.
Dah siap mandi dan solat,kami packing barang-barang kami dan terus check out.
Sarapan dengan roti gardenia yang kami bawa dari semenanjung dan milo dan kopi kami beli di sebenleben....
Memandu menggunakan waze kadangkala membuat kita jadi lebih confuse.Hasilnya kami berpusing-pusing untuk keluar dari bandar Kota Kinabalu.Tapi akhirnya kami jumpa juga jalan keluar dan terus menuju ke jalan yang benar alhamdulillah.....
Jalan menuju ke Kundasang tidaklah begitu mencabar seperti jalan Tapah-Cameron atau jalan Kuala Kubu-Bukit Fraser,senang cerita ianya seperti jalan Simpang Pulai-Cameron,mula-mula landai kemudian mendaki,tidak sebegitu curam,kenderaan proton persona auto sewaan kami boleh mendaki dengan lancar.Seelok-eloknya isi minyak secukupnya.Stesen minyak terakhir ialah Shell di sebelah kiri.Di Kundasang nanti baru ada stesen minyak.
Setelah memandu lebih kurang sejam kami jumpa sebuah viewpoint bersama tandas,kami pun berhenti sebentar untuk ke tandas dan meluruskan kaki.
MasyaAllah cantik pemandangannya.Itu baru di tandas.Selepas itu kami meneruskan perjalanan.Kemudian kami berhenti lagi kerana anak saya hendak muntah.MasyaAllah di sini pun pemandangannya amat menakjubkan.
Selesai urusan anak saya itu kami meneruskan perjalanan lagi,tidak lama kemudian jalan diselitupi kabus.Kami amat teruja,pertama kali mengalami pengalaman begini.
Tidak lama selepas itu kami sampai ke Kundasang.
Dah terasa sejuknya walau pun matahari agak terik.
Pekan ini terletak di sebuah lembah,susah nak describe ,memang cantik kedudukan pekan ini.Semasa kami sampai ada pasar Tamu sedang berlangsung,kami pun ronda-ronda sambil mencuba makanan tempatan,Kami difahamkan pasar ini berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.Ada Karaoke live band lagi tau,sesiapa yang ada bakat terpendam jangan malu-malu,silalah menunjukan bakat anda.
Barangan keperluan harian dan buah-buahan.
Berbagai jenis beras.
Anak bungsu saya cukup teruja,macam dia nak terjun sekali dalam sungai itu,mujur ada baju spare,kalau tidak confirm kesejukan.Sesetengah pengunjung menjerit-jerit kegelian digigit ikan kelah itu.
Seterusnya kami singgah pula ke Sabah Tea plantations, dan melihat keindahan pemandangan di sana,pada yang ingin membeli produk berasaskan teh dan barang-barang souvenir ada disediakan kaunter untuk membelinya.Ada restoran disediakan namun kami tidak makan di situ kerana masih kenyang lagi selepas makan di tamu Kundasang.Kami cuma bergambar kenangan sebagai tanda ingatan kami pernah sampai disini.
Setelah habis sesi bergambar dan buang air,destinasi seterusnya ialah Poring Hot Water Springs,masih dalah daerah Ranau lagi tapi kena memandu masuk melalui Kampung Lohan.Untuk masuk kesini dikenakan bayaran konservasi,tak banyak,murah je.Sangka kami cuma ada kolam air panas sahaja,rupanya ada juga kolam air sejuk dan slide untuk kanak-kanak,untuk mandi di slide dikenakan bayaran tambahan.Saya tak jejak pun ke kolam air panas,sebaliknya saya berendam di kolam air sejuk,memang sejuk betul macam air dalam peti sejuk,sungguh menyegarkan setelah hampir seharian memandu.Lama juga kami di sana,biasalah budak-budak kalau dah jumpa air susah nak balik.
Akhirnya hampir pukul 4 baru kami bergerak pulang .Destinasi berikutnya ialah Desa Cattle Farm.
Nak ke Desa Cattle Farm ni jalannya agak mencabar sikit.Untuk kereta auto boleh guna L dan2. Mula-mula turun bukit dari pekan Kundasang mengikuti jalan Mesilou. Selepas itu melalui jalan mendaki yang agak curam.
Keciwa dihati bila kami sampai pintu pagar telah ditutup.Sayugia diingatkan tempat ini tutup jam 5 petang. Inilah yang membuatkan jadual asal kami terpaksa diubah. Kami seterusnya pergi mencari tempat penginapan kami di Mile 36 Lodge.
Kami telah tempah family room yang ada balcony menghadap pemandangan gunung. Biliknya besar,macam apartment dua bilik(memang ada dua bilik pun) kemudahan tandas dan ada ruang tamu. Yang bestnya ada balcony mountain view. Kami berehat sebentar dan solat sementara menunggu maghrib. Selesai solat maghrib kami keluar mencari tempat makan. Kami end up di restoran ini kerana tempat lain macam suram sahaja.
Memang happening la sampai nak order telur dadar pun ada waiting list. Akhirnya kami order nasi putih sahaja bersama sup tulang dan ayam.Kemudian kami beli kepak ayam dari gerai berhadapan restoran ini. Confirm kepak ayam ini yang terbaik sepanjang trip kami ini. Kami recommend anda kemari sekiranya anda sampai disini. Pencicah kepak ayam tu letak dalam sup pun sedap.Cuma tulang tu liat sikit. Lain-lain semuanya OK.Malam ni bulan penuh.Boleh nampak bayang gunung dari balcony kami.Nak ambil gambar tak dapek la....HP je. Waktu malam disini memang sejuk, kalah Cameron dan Fraser. Walau bagaimanapun sekiranya anda lupa bawa baju sejuk anda boleh beli di pasar tamu kundasang Ada jual baju bundle di situ. Oklah kami tidur dulu. Esoknya nak melawat lembu pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan