Kundasang

Kundasang

Ahad, 19 Februari 2017

Terjah Sabah 3h2m....hari ketiga,kami masih di Kundasang

Alhamdulillah telah masuk hari ketiga kami berada di bumi Sabah,
Pagi ini seperti biasa kami bangun awal,ini kerana selepas subuh ketika matahari terbit Gunung Kinabalu akan menampakkan dirinya,sekiranya anda lambat bangkit ia akan diselitupi awan,rugilah ambil bilik mountain view tapi tak nampak gunung kan?hahahahaha


Disini saya share beberapa keping gambar yang saya dapat ambil dari balcony bilik kami.Saya guna camera phone sahaja.
Selepas itu kami pun pergi bersarapan di cafe.Sarapan yang disediakan amat simple,nasi goreng dan bihun goreng bersama roti bakar secara buffet,juga disediakan kopi dan teh,sekiranya anda mahu tambahan telur dan sosej,bayaran rm3 dikenakan untuk satu set.

Senyum simpul dia.Nasib baik dia tak mintak nak bawa balik.
Setelah bersarapan kami pun kembali ke bilik,saya perhatikan puncak gunung telahpun diselitupi awan.

Kami pun check out,nak pergi ke Desa Cattle Farm setelah kelewatan semalam.
Kami sampai di pintu depan nya jam 9.30 pagi,dah berderet kereta berada didalam kawasan tersebut,dua-tiga kali berpusing sebelum dapat tempat meletak kereta.
Kawasan ladang memang agak luas,kami mengambil peluang bergambar di kawasan sekitar ladang yang menarik scenerynya.


Setelah itu kami bergerak kedalam bangunan untuk melihat barang-barang jualan.
Ada kaunter souvenir dan kaunter menjual makanan seperti sosej,pizza,yoghurt dan aiskrim tenusu asli.



Sedap baq ang....Biasa kita makan aiskrim komersil memang tidak sama dengan aiskrim tenusu asli,sukar hendak digambarkan,anda kena rasa sendiri untuk mengalaminya.Ada dua jenis perasa yang ditawarkan,coklat dan yoghurt.Semua orang jadi model iklan aiskrim hari ini.
Setelah puas makan aiskrim,anak-anak nak makan pizza dan sosej pula,Semua produk yang di jual di sini adalah hasil dari ladang ini,seperti keju,sosej dan lain-lain produk tenusu.Keju untuk topping pizza tu memang tebal,letih nak mengunyahnya.
Mula-mula fokus pada pizza.

Lepas tu fokus pada persekitaran dan mulalah mengunyah pizza anda.
Mintak sosej sikit nak rasa dari anak saya,tak sempaattt...habis dah.
Setelah makan-makan kami menghabiskan masa bergambar lagi.Entah bila lagi sampai ke sini.




Perasan tak ada lembu sekor dari semenanjung ikut ke mari?
Kenangan manis ini akan kami simpan sampai bila-bila.
Lebih kurang jam 12.45 kami pun bergerak meninggalkan Kundasang,selamat tinggal ada rezeki insyaAllah kami kemari lagi.
Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih kurang jam 2.30 pm,dah sampai petang,mana nak sempat ke pulau,Kami mengambil masa mencuci dan mengeringkan pakaian,mujur ada laundry self service di bangunan sebelah kompleks api-api ini.Sementara menunggu cucian kami siap,kami round disekitar pasar basah dan pasar Filipina mencari barangan yang sesuai untuk dibawa pulang.
Besor gedabak kerangnya.....
Isteri saya beli sedikit udang,ketam dan ikan segar untuk dibawa pulang.Makanan laut segar hendaklah di bungkus mengikut spesifikasi sekiranya di bawa sebagai hand carry luggage,Manakala barangan kering boleh di check in kedalam ruang kargo.
Setelah selesai kami bergerak menuju ke KKIA,singgah sebentar untuk mandi dan solat di masjid IPK Kota Kinabalu.
Sementara menunggu owner kereta sewa kami sampai kami makan dulu durian dan sayap ayam di pintu masuk airport.
Setelah mendapat panggilan dari beliau barulah kami masuk ke balai pelepasan.Alhamdulillah selesai berurusan dengan beliau,namanya Al Kahfi Travel,sewa kereta persona auto selama 2.5 hari dikira sebanyak rm270,sekiranya anda memerlukan khidmat kereta sewa boleh hubungi no 0102111641 insya allah puas hati,dinasihatkan juga buat tempahan awal,kami tempah sebulan sebelum trip kami.
Kami selamat mendarat di KLIA2 jam 11.45 malam,Ada sedikit kelewatan tapi syukur selamat sampai.
Alhamdulillah lagi sekali kerana trip kami kali ini dipermudahkan,dan kami selamat pergi dan balik.Jutaan terima kasih kepada isteri saya atas sokongan mental,fizikal dan ringgital bagi menjayakan trip kami ke Sabah.
Ada rezeki nanti kita berjalan lagi ek?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan