Kundasang

Kundasang

Sabtu, 5 Disember 2015

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (Puteri Beach Resort)

Selesai acara di Muzium Tentera Darat,kami pu bergerak ke penginapan kami untuk malam itu,di Puteri Beach Resort Tanjung Tuan.
Kami sampai terawal sikit,pukul satu tengahhari,belum boleh check in lagi.
So kami bukalah bekalan makanan,ada wakaf di sekeliling bangunan hotel yang boleh di gunakan.
Mmmmm.....ada kerusi tapi tak boleh duduk....
Ada dapur tapi tak boleh masak......
Kami ambil master bedroom,dua lagi bilik satu kawan wife saya ambil,satu lagi untuk kedua ibubapa saya.
Rate untuk orang awam,apartment tiga bilik tu kami bayar rm150 sahaja,rate kakitangan awam.Anda boleh book disini sekiranya anda kakitangan awam.
Pandangan sebelah kiri boleh nampak Grand Lexis.

Sebelah kanan boleh nampak swimming pool,ada pool dewasa dan kanak-kanak.
Petang tu kami layan anak-anak mandi pool saja,budak-budak kalau dapat terus mandi sampai kecut..
Malam tu kami bersimple-simple sahaja,menunya steamboat bersama kuah tomyam dan biasa...
Keesokan harinya selepas subuh saya pergi ketepi laut,konon-konon nak capture sunrise la,ini je dapatnya,almaklumlah camera phone sahaja.Breakfast kami tak dapat kerana gunakan rate kerajaan.kalau nak beli buffet breakfast boleh bagitau masa check in.
Gazebo yang terdapat di tepi pool.
Pandangan dari pool
Lobby hotel,sunyi di pagi hari....ok suruh anak-anak pergi mandi pool last kopek kejap lagi nak pergi rumah terbalik pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan