Kundasang

Kundasang

Sabtu, 26 Disember 2015

Berkonvoi ke kenduri kahwin dan ke Lubuk Timah bersama MYCJC

Sempena cuti panjang maulidurasul dan krismas,kami join trip ke kenduri kawin salah seorang ahli mycjc,Tokcik Muda,digabungkan sekali dengan acara steamboat di Lubuk Timah waterfall and hotspirngs.Kami bertolak awal sehari bagi mengelakkan kesesakan di jalan sempena cuti umum.

Sampai di felcra Changkat Lada dekat pukul 7,saya ajak anak-anak turun sebentar menikmati pemandangan sawah padi.

Tu diaaaa...orang tak pernah turun sawah...nasib baik saya larang kalau tak memang depa dah terjun parit tepi bendang tu.
Cantikkan? Ada sekumpulan bangau terbang tak jauh dari sini,tak boleh zoom,guna camera phone je 

Keesokan harinya kami mula berkumpul untuk berkonvoi kerumah pengantin,ramai jugak, ada dari Selangor,Perak dan Penang.
Sementara menunggu kedatangan peserta konvoi Tn. President cuci kereta dulu.
Semua dah siap jom kita mulakan konvoi!

Berkumpul menunggu kedatangan pengantin.
Tu dia berseri-seri kedua pengantin.
Tn. President nak cari ilham nak tulis apa..Zira peratikan ajeee...

Dah selesai makan dan bergambar,kami bergera ke destinasi seterusnya.
Tu dia dah nampak signboard, untuk makluman tempat ni terletak di tepi jalan simpang pulai ke Cameron highlands. Perhatikan signboard sebelah kiri.

Jalan masuk agak mencabar....

Dah sampaiiiii....yaaaayyy...
Saudara Zaid explore sampai atas, ada empangan dan air terjun, tapi tiada pondok atau wakaf, kami nak kan wakaf untuk memasak.


Dah dapat pondok kami mulakan aktiviti memasak, menu sup cendawan Zaid sponsor,steamboat hasil kutipan sumbangan para peserta konvoi.


Kanak-kanak bergumbira...

Mak bapak pun turut sama bergumbira..hahaha



Mycjc memang selalu menganjurkan aktiviti berkonsep kekeluargaan sebegini.



Sebelum kami pulang kami terserempak dengan makhluk misteri ini.....hari pun hujan.Kami berkemas dalam kelam-kabut selepas tu bersurai.Alhamdulillah..
Kredit foto dari kamera Zack Aprilia,mustariah,Zira,Abg din misai,noris, dan isteri saya.



1 ulasan: