Cuti sekolah penggal ketiga,nak bawa anak-anak dan ibu bapa saya ke Port Dickson.Kali pertama kami sekeluarga berkunjung ke mari,memangagak teruja bukan bagi anak-anak,mak bapak pun seronok juga.
Sekiranya anda berkunjung ke Port Dickson,jangan lupa untuk singgah ke Muzium Tentera Darat yang terletak di kampung Sirusa.Bandar ini memang terkenal dengan gelaran Bandar Tentera Darat..terdapat banyak kem tentera di sini.Namun Muzium ini adalah tarikan utama Port Dickson Selain menjadi tempat warga kota berlibur di hujung miggu dan cuti umum.
Pesawat pejuang Tebuan yang mula-mula mengalu-alukan kedatangan anda ke sini.
Ini pula adalah pesawat pengangkut Caribou,ingatkan boleh masuk ke dalam perut pesawat,rupanya tak boleh....hampaaaaa.....
Kenderaaan berperisai jenis morris.
Bandingkan piring ini dengan piring astr* anda hehehe....
Deretan kenderaan berperisai di sebelah tepi muzium.
Ruang dalam salah sebuah kenderaaan berperisai yang dapat saya skodeng.
Nak bawak balik boleh?Budak-budak ni berkenan pulak dengan Land Rover ni.
Ini puladeretan pameran statik disebelah belakang.
Kenderaaan mine sweeper.
Ini pulak monumen peringatan serangan hendap pengganas komunis di Kroh(Pengkalan Hulu)
Disebalah kanan pula terdapat pameran pesawat udara.Ini helikopter Alluoette buatan Perancis.
Ini pula pesawat pejuang a-4 Skyhawk
Pesawat ini masih digunakan di Brazil ini link .videonya.
Senarai individu tentera dan awam yang terkorban semasa pendudukan Jepun.
Haaaa....yang ini memang real,treplika terowong bawah tanah PKM.
Ada pameran persenjataan.
Bilik bedah pun ada dibawah tanah ni....
Meeting room depa.
Mercedes G Wagen
Kenderaan kegunaan misi PBB
Motorsikal pun ada digunakan.
Sejarah ringkas penubuhan Rejimen Askar Melayu Di Raja
25 orang ahli pertama RAMD
Kepala keretapi berprisai pun ada tau....
Seronok kami sekeluarga,kali pertama ke muzium outdoor sebegitu,nasihat kami kepada bakal pengunjung,datang awal kerana jika cuaca panas agak kurang selesa nanti,Muzium dibuka pada pukul 10 pagi.
Selesai aktiviti di muzium kami pun beredar menuju ke penginapan kami untuk hujung minggu itu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan