Port pisang goreng yang biasa disebut selalunya di bangunan Mawar di jalan Sunhei Chat.Tahukah anda ada satu lagi port pisang goreng yang lebih banyak
pilihan?
Man tu anak kepada aruah Mak Ram. Warung ini terletak di jalan Pisang(patutpunkan?) Kampung Pasir Tampoi.
Kalau setakat kuih- muih ni tak payah cerita lah.Boleh juling biji mata nengok. Ini pandangan dari sebelah kanan. Ubi rebus tu masih berasap semasa saya snap gambar.
Ini pulak pandangan dari sisi kiri.Anda cuma perlu pilih apa yang ingin dimakan.Serahkan pada Man.Dia akan potong dan letak sos pilihan anda.
Saya kabor kat dia semua taruk hahahaha....
Selain itu minuman,mi goreng, mihun goreng,mee rebus,nasi lemak dan nasi ambeng pun turut dijual.Insya Allah anda boleh buat pilihan.Lain kali kalau anda ke Johor Bahru jangan lupa singgah di sini! Babai!
Alamak bang Bob.. kita baru je balik dari JB mggu lepas.. tak tau plak ada kedai macam ni.. kalo idak boleh ler try huhu..
BalasPadamRugi la hang tak try.lain Kali singgah.
BalasPadam