Kundasang

Kundasang

Sabtu, 25 Jun 2016

Memandu ke koh samui,sedikit tips....

Assalamulaikum....
Macam terbaliklah pulak,
Dah siap cerita roadtrip baru nak cerita pre road trip.
Sebelum kami memulakan road trip kami dekat setahun juga kami buat research.
Kami kaji bila tarikh kadar termurah untuk sewaan bilik.Berhasil juga usaha kami dapat bilik connecting room dekat beach front hotel dengan harga rm360 untuk 2 malam.
Kami rujuk blog- blog mereka yang berpengalaman memandu di Thailand. Antara tips yang saya boleh kongsi ialah:
1. Elakkan memandu pada waktu malam kecuali kita biasa dengan kawasan tersebut.
(Kami terlanggar nasihat ini kerana silap percaturan masa)
2. Elakkan konfrontasi dengan orang tempatan.Kita kalau orang luar masuk kawasan kita acah-acah gangster macam mana? Perasaan mereka pun begitu juga, so tak kisahlah kita ni ayahanda ke,abang long ke, dekat tempat orang jangan cari pasal.Amalkan sikap rendah diri.Mengalah je.( Kami ada pengalaman juga, ada pikap ajak racing dimalam kami memandu dari donsak ke songkhla, saya tak layan dan akhirnya dia beredar.)
3. Awasi kiri kanan jalan semasa memandu, jalan inter city mereka memang cantik dan bersih, tetapi melalui kawasan kampung, bila-bila masa akan ada penunggang motosikal melintas, jangan sampai terlibat dengan kemalangan.
4. Kalau tak pasti berhentikan kenderaan anda dan bertanya kepada penduduk tempatan.(Walaupun kadang-kadang kita tak faham apa yang mereka cuba terangkan)
5. Makan dan minum apa yang mereka makan dan minum(pastikan halal dulu) kita merantau kerana nakkan pengalaman.
6. Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi.Isi penuh semula bila tangki anda tinggal setengah.Kita tak tau bila kita akan jumpa stesen minyak lagi. Kalau anda ke koh samui isi minyak sebelum naik ke pulau kerana harganya mahal sikit di pulau.
7. Kalau boleh ticket feri prebook siap-siap jika tidak anda terpaksa menunggu giliran kerana mereka akan melepaskan kenderaan yang telah prebook dulu.(Kami sangkut 3 jam setengah di nathon kerana walk in.)
8. GPS kami kadang-kadang kehilangan signal ketika dalam kawasan padat. Bawak banyak bersabar.Kaji landmark sebagai petunjuk.
9. Bawa makanan sebagai bekalan sekiranya anda tidak jumpa kedai makanan halal.Umpamanya roti,biskut, makanan ready to eat ( brahims) kami siap bawa rice cooker, cerek elektrik dan sandwich toaster.
10. Bawa tisu basah untuk kegunaan kecemasan.(istinjak)
11. Bawa peti kecemasan dan ubatan seperti ubat batuk,demam, selsema.
12. Rancang perjalanan anda agar anda tidak tergesa-gesa.Kalau boleh pemanduan dalam keadaan santai.
13. Ambillah takaful perjalanan.Kami ambil yamg basic rm60 cover kami sekeluarga selama seminggu.
14. Jangan lupa berdoa dan bertawakkal. Perbetulkan niat kita untuk bermusafir kerana Allah taala.
Untuk rujukan anda boleh baca kisah kami.
1. Hari pertama
2. Hari kedua
3. Hari ketiga
4. Hari keempat
5. Hari ke lima bahagian satu
6.Hari kelima bahagia ke dua
7. Hari ke lima bahagian ketiga.
8. Hari keenam dan ketujuh
Sekian sedikit perkongsian dari kami sekeluarga.Harapan kami agar dapat membantu sedikit sebanyak anda merancang perjalanan anda.


4 ulasan:

  1. t kasih.. muga pengalaman anda sekeluarga jadi amalan kebajikan

    BalasPadam
  2. salam boleh share cara prebook tiket feri awal?

    BalasPadam
  3. Wsalam.sayasaya cadangkan puan ke website ferry operator.ada dua syarikat yang menyediakan perkhidmatan ferry iaitu sea trans dan raja ferry. Rujuk pada website syarikat tersebut sekiranya anda dari Malaysia. Ataupun bermalam di kawasan donsak pier dan membeli ticket until keesokan harinya. Ticket untuk balik boleh dibeli pada hari ketibaan.semoga perjalanan puan lancar dan selamat.

    BalasPadam