Pemandangan dari bilik kami,kelihatan air sedang surut.Check dengan website jupem.Rupanya air pasang petang pukul 6.30 petang pasang penuh.Tidurlah dulu. Budak-budak berseronok di playground yang terletak didepan banglo.
Kita cerita sikit pasal banglo ni. Ada tiga bilik
, satu tandas merangkap bilik mandi. Takcukup?
Ada dua lagi tandas dan bilik mandi di bahagian belakang.
Ada ruang tamu yang luas,
dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Anda cuma perlu bawa bahan masakan sahaja.
Tempat BBQ nya lengkap dengan sinki dan paip air. Ada wakaf untuk anda berehat.
Dua kereta boleh parking di depan dan sebuah di belakang. Ada dua buah banglo mengadap laut dan empat buah semi d di belakang banglo.
Ada set permainan chess gergasi. Banglo kami duduk ni namanya pulau Pangkor.
Sekitar jam lima petang terdengar jeritan anak saya."Air dah sampai!" Ha...mandilah korang puas-puas....
Dekat nak maghrib saya pun panggil mereka naik. Saya pula menyalakan api untuk membakar ikan dan ayam
. Isteri saya memasak nasi, sup sayur, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung. Makanlah kami beramai-ramai....
Esok paginya air pasang besar
, saya lepaskan mereka mandi lagi. Jam 12 nanti kita check out ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan