Kundasang

Kundasang

Jumaat, 10 Jun 2016

Jalan-jalan di Songkhla.

Alhamdulillah kami selamat tiba ke songkhla biar pun lewat,janji kami sekeluarga selamat.Kami menginap di kaoseng resort,dekat jalan khaosan songkhla.Tempat ini banyak orang Muslim tapi bukan semua boleh berbahasa melayu.
Boleh masuk kereta terus.Senang nak turun barang.

Ada lebih kurang 15 unit.


Air minuman di kebanyakan hotel di thailand botolnya kena pulang untuk refill,jangan ambil botolnya ya.


Selesa dan besar biliknya, dekat dengan masjid,senang nak cari makanan.Ada satu double bed dan satu sofa bed.40 thb sahaja sekiranya book direct.Kalau dengan agoda rm55.
Kami keluar untuk membeli sarapan, teruja kami.Sepanjang jalan berderet gerai dan kedai menjual makanan.
Kami beli pulut ayam dan khaomok di sini, sangat sedap.

Ikan bakar ni kami ingat nak beli esok.Malangnya tutup hari jumaat.

 Pagi-pagi dah ada kedai jual nasi campur.

Macam-macam pilihan lauk.

Kuih ni macam kuih cara manis.




                                                               Sedap kan?Mereka setuju.

Cakoi kosong dan berinti pun kami beli.
Kami bersarapan di tepi laut sebelum ke zoo songkhla.
Depa proses ikan tepi jalan je.Besar-besar talapia depa.

Rangka ayam siap kepala sekali.

Jangan marah Kak esok kami mai sini.

Kami beli kuih udang ni untuk bekal ke zoo nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan