Kundasang

Kundasang

Isnin, 6 Jun 2016

Roadtrip kami ke samui (Pusing-pusing pulau samui)

Hari ini selepas sarapan lebih
kurang dengan bekalan yang di bawa,kami bagi anak-anak berkubang sebelum keluar berjalan di sekitar pulau.
Sementara tunggu semua siap kita relax dulu....



Rezeki kami,jumpa kedai makan depan bangkok hospital...hahaha dua hari tak makan nasi.


Semalam kami ada lalu disini tapi kedai ini tutup.Kakak kedai tu kata kedainya paling lewat tutup pukul 8.Menu agak terhad, nasi campur,nasi beriani dan sup tulang,namun kami makan dengan berselera.Siap bertambah.Sup tulangnya sangat lembut.Selesai makan kami meneruskan perjalanan.



Tinggi tempatnya,boleh turun lagi sebenarnya tapi takut tak boleh naik semula nanti hahaha....
Lepas tengok view tersebut kami jalan lagi,ada jumpa signboard hintai hinyai dan big Buddha tapi kami tak terjumpa tempatnya.Penemuan kami berikutnya adalah yang paling seronok sekali.


Terserempak makcik ni sedang memanggang pulut, kami tanya dalam bahasa inggeris dia jawap "pulut pangge"...dia kecek kelate!Kami dah sampai di penempatan melayu di koh samui!
Pulut panggangnya berinti pisang,sedap sangat.
Ada madrasah

Ada masjid


Rasanya mereka sedang mengutip  sumbangan untuk mengubahsuai masjid.

Yang paling seronok kami jumpa kedai melayu samui seafood.Malam nanti dinner disini lah kita.Selepas itu kami sambung merayau lagi.
Jumpa 7 eleven pekena teh ais madu dan kopi ais....melekat!

Elephant gate,elephantnya tak jumpa pun hahaha.... 


Tepi jalan nathon pier


Jumpa gerai buah-buahan,jom kita tengok apa ada....


Orang Thailand kata batangmas...pulun jela.

Mangga gumukss....





Mencari souvenir di fisherman's village . 







Selesai pusing-pusing pulau kami pun balik ke bilik kerana anak-anak nak mandi pool lagi,hari hujan,tapi biarkanlah aje,entah bila lagi kami dapat ke mari




Mandilah selagi boleh,kejap lagi nak keluar makan malam.

Sementara tunggu depa siap saya baring2 dulu,ada beberapa sofa bed dekat lobby hotel ni,memang nak suruh tetamu relax.
Malam ini kami makan di sini,kedai ni dalam perkampungan melayu yang kami jumpa siang tadi.



Tomyam santan seafood

Tomyam seafood


Seafood glass noodle salad

Siakap merah masak tiga rasa.



Ada pulak pergi kedai seafood order chicken chop.

Bil makan malam kami,selepas makan kami ke area chaweng cari souvenir lagi.

On the way balik singgah makro, bukan nak shopping, nak pergi toilet.Makro ada dua,tesco ada banyak,7 eleven sama family mart bersepah.OK jom balik dulu,esok kita nak naik darat semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan