Kundasang

Kundasang

Ahad, 5 Jun 2016

Roadtrip kami ke samui(perjalanan ke don sak)

Awal pagi lebih kurang jam lapan kami check out dan bergerak keluar dari bandar hat yai, Masalah yang sama berulang bila gps kami kehilangan signal kerana terlindung dengan bangunan,bila dapat signal yang clear, dapat kami meneruskan perjalanan.Kami memilih jalan tepi laut untuk mendapatkan pemandangan menarik.Perjalanan sejauh lebih dari 300 km,Google maps kata 4 jam.Sepanjang perjalanan memang menarik pemandangan yang kami nampak.
besar sungguh kincir angin tu,

singgah isi minyak,petuanya kalau tinggal separuh isi,jangan tunggu kerana kita tak tahu bila akan jumpa lagi.

Ambil gambar bila jumpa masked rider.


Sampai ke terminal feri seatran di don sak lebih kurang jam 12 tengahari,giliran kami menaiki feri tiba pukul 2.30 petang,masa tu hujan ribut,seram jugak.
harga tiket untuk pemandu dan kereta

harga tiket untuk seorang dewasa dan tiga kanak-kanak

selesa ferinya





ada cafe tapi banyak makanan tak halal,mujur kami ada bekalan sendiri.kalau nak air panas ada disediakan,plag untuk charge handphone pun ada,signal telefon kuat sepanjang perjalanan,mungkin ada pemancar atas feri ini.

Sampai ke pulau lebih kurang pukul 4.30 petang,ingat nak terus cari makanan,tapi anak-anak dan isteri tak selesa kerana baju basah,mereka nak check in dulu dan makan mee segera dahulu.



kami menginap di Ibis Samui,di pantai bophut,book satu bilik dengan satu katil double dan dua single,depa bagi connecting room,dekat dengan pool dan beach.untungla dapat dua bilik.....


Bila  dah check in mereka nampak pool nak mandi pool pulak sebelum keluar tapi hujan turun semula,sudahnya lepas maghrib baru kami keluar,silap besar kerana agak sukar mencari dalam kegelapan di samping signal gps yang sekejap timbul sekejap tenggelam,sudahnya kami pulang ke bilik stelah singgah ke 7 eleven beli telur,kami makan roti bakar bersama telur sahaja,takpelah,esok kita cari nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan