Kundasang

Kundasang

Isnin, 28 Disember 2015

Berbarbekiu di Riverside Janda Baik

Pernah tak kita rasa seronok pergi ke satu tempat kemudian kita rasa nak pergi lagi? Kami berperasaan macam itulah bila kami ke riverside dulu.Wife kata dia nak bawa Mak dia kemari,jadi kali ini kami sewa rumah pula,lebih ramai boleh masuk.

Ada disediakan tandas didalam rumah.

Pintu ni memang tak boleh buka,jangan cuba pulak.

Ruang tamunya luas, tilam selimut dan bantal ada tersedia.

Trip kali ni ramai,ada lapan dewasa.
Selain mandi sungai seperti trip terdahulu,acara utama kami ialah berbarbekiu untuk makan malam. Saya dah siap marinate ayam dan daging sosej cheese pun ada,untuk kanak-kanak kami bawa nugget dan wedges untuk di goreng.


Siksa nak hidupkan api, dekat satu jam mengipas bergilir-gilir.

Haaaa....malam-malam jangan mandi sungai pulak...

Terbaik untuk anda!


Acara seterusnya ialah makan beramai-ramai.

Dan acara penutupnya layan teh o panas sambil bergebang di beranda.Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan