Tapi dibandar sitiawan ada satu restoran rojak yang dipelopori oleh orang Melayu.Restoran ini beroperasi di bangunan d'Mara sitiawan.
Ia menghidangkan seleksi rojak dan nasi campur.Namun ia lebih terkenal dengan rojaknya.Sebab itu namanya diletakkan Restoran Rojak Manjung.
Kalau dah parking depan d'Mara tu memang tak boleh miss punya.Jom kita tengok seleksi rojaknya.
Oleh kerana saya sampai dah petang paru sambal dah habis(sedeyy)...
Nak buat cemana.Perut kenyang lagi baru lepas pekena mee rebus tadi.
Dua mangkuk plak tu.....
Kita bungkus je lah.
Nak pilih set mana ya?
Senang cerita bungkus rm10 dik....
Alhamdulillah rojak manjung dah berada dalam genggaman....kita teruskan urusan kita.Balik rumah nanti boleh periap.
Macam tulah rupanya....frust paru habis masih menular....makan jelah.Ada cucur,telur sambal,kentang sambal,crab filament,tahu,sotong sambal,fishcake....tak berapa nak enjoy,mungkin masih kenyang lagi.Nota untuk diri....pastikan anda lapar bila kesini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan