Anak-anak bertanya bila nak bawa mereka ke sana.
Ye lah asik tunjuk je boring la kan?
Jadi kami mengambil keputusan untuk kesana selepas bersarapan di Bidor.
Selepas exit Tapah,ambil simpang ke kanan,dan teruskan memandu sehingga anda jumpa simpang ke Chenderiang,masuk ke kiri dan teruskan memandu,selepas anda jumpa pekan Chenderiang anda masuk ke kiri,dah dekat tu.
Nanti anda akan ternampak pintu gerbang masuk,kena bayar ya tapi tak mahal.
Cantik kan pemandanganya?Kali terakhir kami ke sini adalah lebih kurang lapan belas tahun lepas.
Nampak macam tak merbahaya tapi ada seorang kanak-kanak nyaris lemas.Ada kawasan dalam ditempat air jatuh.
Dah main dekat sini cukup air cetek sikit.
Kami spend masa lebih kurang tiga jam sebelum berangkat menuju ke Bota,percaya tak dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah lagi kesini?Anak-anak dah kemaruk nak mandi di sini,kebetulan pula kami rasa macam perjalanan balik kampung lebih dekat sekiranya melalui route ini.Di persimpangan Chenderiang ini ada sebuah restoran menjual chapati dan nasi kandar,kami singgah semasa perjalanan pergi dan balik,ikut tekak saya memang terbaik la nasi kandarnya
,kalah nasi vanggey
,chapatinya pun lembut,harga pun berpatutan
.Set nasi bersama lauk ayam,sayur,telur masin dan minuman teh o ais atau sirap dijual pada harga rm6 sahaja,memang berpatutan,
Chapatinya rm1.30 sekeping.Saya bungkus bawa balik Shah Alam,Masih lembut lagi ketika dinikmati di rumah sendiri,kami dah dapat route baru balik kampung.Seronoknyaaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan