Kundasang

Kundasang

Selasa, 12 Julai 2016

Senarai Cuti Umum 2017

Assalamualaikum,
senarai cuti umum untuk tahun 2017 telah dikeluarkan,anda boleh mula merancang percutian untuk tahun depan dengan merujuk kepada paparan di bawah,selamat merancang!


Isnin, 11 Julai 2016

Selamat hari raya aidilfitri 1437

Assalamualaikum.
Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua.
Hari raya ni kami suami isteri kena bekerja.
Raya keempat baru bercuti.Kampung mertua dah balik semasa cuti nuzul Quran.
So isteri saya cadangkan kami bawa ayah dan Mak saya berziarah di Pahang rumah adik beradik ayah saya.Kami menginap di seri malaysia kuantan,Mak suka hotel ni.Booking melalui Agoda dapat diskaun.Kalau walk in lain harganya.
Hari sabtu tu kami dapat dua rumah, satu di kuantan dan satu di jabor.
Hari ahad dapat tiga rumah,dua di kuantan dan satu di pekan.Malam nya Mak ajak makan di tanjung lumpur. Tempat kami biasa makan ana ikan bakar tutup.Maklumlah belum seminggu raya.
Kami survey dan jumpa satu kedai yang banyak pilihan ikan.
  • So kami buat keputusan untuk kesitu sahaja.Nama kedainya Super top pantai.Parking pun luas,ada surau.
Alhamdulillah servisnya pantas.Masakan nya pun sedap
. Cuma lala masak pedas agak kurang sos nya.kering.Lain masakan boleh bagi 4/5.
Kami order sotong goreng tepung(wajip)
Ikan sebelah bakar Petai(saya rasa sambalnya lebih sedap dari ana),
siakap masam manis,lala goreng pedas,kailan ikan masin,tomyam campur dan telur dadar.
Total bilnya tak tahu, ayah yang bayar. Terima kasih kerana belanja makan.