Kundasang

Kundasang

Isnin, 2 November 2015

Warung Pisang Goreng Mak Ram

Kalau anda ke Johor Bahru mungkin anda pelik melihat warga Johor menikmati pisang goreng bersama sambal kicap.
Port pisang goreng yang biasa disebut selalunya di bangunan Mawar di jalan Sunhei Chat.Tahukah anda ada satu lagi port pisang goreng yang lebih banyak
pilihan?
Man tu anak kepada aruah Mak Ram. Warung ini terletak di jalan Pisang(patutpunkan?) Kampung Pasir Tampoi. 
Kalau setakat kuih- muih ni tak payah cerita lah.Boleh juling biji mata nengok. Ini pandangan dari sebelah kanan. Ubi rebus tu masih berasap semasa saya snap gambar.

Ini pulak pandangan dari sisi kiri.Anda cuma perlu pilih apa yang ingin dimakan.Serahkan pada Man.Dia akan potong dan letak sos pilihan anda.
Saya kabor kat dia semua taruk hahahaha....
Selain itu minuman,mi goreng, mihun goreng,mee rebus,nasi lemak dan nasi ambeng pun turut dijual.Insya Allah anda boleh buat pilihan.Lain kali kalau anda ke Johor Bahru jangan lupa singgah di sini! Babai!

Ahad, 1 November 2015

Cherating Dua Hari Satu Malam! Bahagian Dua

Keesokan paginya kami sarapan simple-simple aje. Telur goreng,baked beans, roti bakar,semua masak sendiri dalam chalet hihihi....first time buat macam ni. Tapi memang jimat sangat.Anak- anak biasala lepas makan sambung lagi mandi laut.
Chalet yang kelihatan adalah seaview rm150. Sebelah kanan ada seaview deluxe rm180 bangunan konkrit tapi tidak kelihatan dalam gambar. Lebih kurang pukul 11 kami pun check out. Receptionist tanya malam tadi OK ke? Ngape? Tanya saya.Dia kabor ada satu family cabut malam sebelumnya kerana terdengar suara kanak2 bermain dihadapan chalet mereka. Kami tak dengar apa2 pun. Serious...
Kami menuju ke Kemaman.Banyak blog duk mengesyorkan satu kedai ni.Kami pun teringin nak cuba.
Thuuuuudhiaaa...sotong sini memang besarrr....

Pilihan lauk pun banyak. Sedap jugak. Ikan kerisi besar disini,rm5 sekor.

Sutun lagi..




Udang dan ketam goreng tepung.

Sos dia sedap.

Dalam otak-otak ada isi ikan.




Pais ketam.(anak ketam)

Selesai makan kami packing keropok untuk buah tangan.
Dalam perjalanan kami terserempak kedai ni.Singgahlah Mak nak beli nenas sama labu.

Selonggok sepuluh hengget ajer.....

Babai Terengganu!



Macam ni rupanya kalau tak hujan.Berdebu warna merah. Kami sampai dirumah dalam pukul 530 petang. Malam tu Mak masak lemak labu dengan sambal udang. Sedaaaapp.... Alhamdulillah.

Murtabak Cheese Kampung Kurnia.


Dah beberapa kali kami ke kedai ni.Kali ni baru dapat merasa hahaha memang sedap. Murtabak kambing ada,daging ada,ayam pun ada.

Kalau anda sampai ke Johor Baru gunakan applikasi Google maps untuk search majid murtabak cheese insya Allah sampai.
 Berselera sungguh yang sulung ni,ayam dia bedal,kambing pun dia bedal.Memang sedap,kami bagi seploh bintang!



Ni murtabak cheese ayam special.

 Adegan menarik murtabak cheese ayam.

Senarai harga murtabaknya.

Posing manja tukang buat murtabak.

Packet cheesenya besar sungguh....
Keputusannya memang sedap! Kami siap bungkus untuk repeat di bilik.Tapi kalau sejuk kurang sedap.Terbaik kalau makan dilokasi.Jangan lupa singgah disini sekiranya anda peminat murtabak cheese.
Pek