Kundasang

Kundasang

Khamis, 31 Mac 2016

Air Terjun Lata Kinjang

Seringkali semasa dalam perjalanan ke utara,kami akan tunjukan kepada anak-anak Air Terjun Lata Kinjang yang dapat di lihat semasa melalui kawasan Tapah.
Anak-anak bertanya bila nak bawa mereka ke sana.
Ye lah asik tunjuk je boring la kan?
Jadi kami mengambil keputusan untuk kesana selepas bersarapan di Bidor.
Selepas exit Tapah,ambil simpang ke kanan,dan teruskan memandu sehingga anda jumpa simpang ke Chenderiang,masuk ke kiri dan teruskan memandu,selepas anda jumpa pekan Chenderiang anda masuk ke kiri,dah dekat tu.
Nanti anda akan ternampak pintu gerbang masuk,kena bayar ya tapi tak mahal.
Cantik kan pemandanganya?Kali terakhir kami ke sini adalah lebih kurang lapan belas tahun lepas.

Nampak macam tak merbahaya tapi ada seorang kanak-kanak nyaris lemas.Ada kawasan dalam ditempat air jatuh.
Dah main dekat sini cukup air cetek sikit. 
Kami spend masa lebih kurang tiga jam sebelum berangkat menuju ke Bota,percaya tak dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah lagi kesini?Anak-anak dah kemaruk nak mandi di sini,kebetulan pula kami rasa macam perjalanan balik kampung lebih dekat sekiranya melalui route ini.Di persimpangan Chenderiang ini ada sebuah restoran menjual chapati dan nasi kandar
,kami singgah semasa perjalanan pergi dan balik,ikut tekak saya memang terbaik la nasi kandarnya
,kalah nasi vanggey
,chapatinya pun lembut,harga pun berpatutan
.Set nasi bersama lauk ayam,sayur,telur masin dan minuman teh o ais atau sirap dijual pada harga rm6 sahaja,memang berpatutan,
Chapatinya rm1.30 sekeping.Saya bungkus bawa balik Shah Alam,Masih lembut lagi ketika dinikmati di rumah sendiri,kami dah dapat route baru balik kampung.Seronoknyaaa...

Ahad, 13 Mac 2016

Pengalaman tak berapa best di Puteri Beach Resort

Baru-baru ini semasa cuti tahun baru cina kami bawa anak-anak berjalan ke PD.
Kami menginap di Puteri Beach Resort lagi.
Kali ini kami book apartment satu bilik sahaja kerana kami sekeluarga sahaja yang pergi trip kali ini.




Sampai di sana dah pukul 2, dekat pukul3 baru dapat check in,....
Sampai kami keunit yang kami sewa, kami terkejut,kenapa tiada towel?
Saya turun ke bawah untuk memberitahu masalah tersebut,dalam beberapa minit baru dihantar towel ke unit kami,itu pun brader houskeeping tu minta nak masuk memeriksa kut-kut towel ada tapi kami tak jumpa.
Saya pun terus memeriksa keadaan unit tersebut,alamak! Langsir dapur pun takde.....
Jenguk kolam mandi airnya kehijauan..... Bilalah kali terakhir ditukar airnya.... Benda-benda kecik macam ni la boleh spoil mood bercuti.Nak buat macamana nak layan anak-anak.