Kundasang

Kundasang

Sabtu, 11 November 2017

Trip Singkat Ke Mersing Pulak!


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini kita bertripping lagi.Plan asalnya kami sekeluarga hendak ke Rompin.On the way tidur semalam di mersing,on the way ke mersing singgah semalam di johor bahru.Punyalah banyak on the way....Kali ini kami gerak dari Shah Alam jam 8pagi.Jalan slow-slow pukul 1 sampai kampung kurnia pekena murtabak cheese dulu.
Yang ini murtabak ayam cheese special.Kuah dal sama acar tomato timun tu ambiklah banyak mana pun takde orang marah.
Yang ini pula murtabak daging cheese special.



Dah memang habit saya kalau makan roti canai kena banjir.Murtabak cheese pun saya nak banjir juga😊😊😊..

.

Bukan murtabak yang biasa anda makan di selangor.Kalau makan sebiji tak kenyang memang anda ada masalah.....

Cadangnya malam nanti nak keluar bersiar apakan daya hujan lebat,layan soto sambil menonton perlawanan akhir piala Malaysia JDT lawan Kedah.
Asalnya plan ke JB ada urusan di pejabat tanah.Tiba-tiba JDT menang piala Malaysia.Terus kansel urusan pejabat.
Yang ini lontong kering😚😚😚
Mee rebus stail johor...mmmmm

Keesokan harinya setelah bersarapan mee rebus dan lontong kering kami pun bergerak menuju ke Mersing.Wife pesan kalau nampak gerai yang menarik singgahlah.Setibanya di satu tempat bernama mawai saya singgah di sebuah gerai apam balik.Namanya Apam Balik Jalan Mawai.Saya fikir takat apam balik mana-mana pun ada.Saya biarkan isteri turun membeli,kemudian dia patah balik ambil telefon,nak ambil gambar katanya. Selepas itu kami mulakan perjalanan kembali, isteri saya hulurkan sekeping alam balik nutella cheese......mak aihhhh sedapnya,meleleh keluar fillingnya,apamnya pun gebu di dalam dan garing disekelilingnya. Sayang tak sempat ambil gambar,sempat snap yang jagung cheese sahaja. Saya amat recommend pada sesiapa yang lalu dijalan ini singgah dan belilah.Macam-macam combination ada....
Tuuuuuudhiaaaaaa....gebu kan?
Perhatikan papan tanda ini bila anda lalu di Mawai.

Sampai di bandar mersing isteri saya ajak singgah ke jeti pulau tioman.Nak cari souvenir katanya.Sadailah sekejap disitu,nak lunch perut masih kenyang lagi,takpelah lepas check in nanti baru makan kut.Tempat tujuan kami hari ini ialah fishing bay resort,isteri request nak kemari,bilik pun dia yang bayarkan.Kami pernah kesini pada tahun 2003.Dan kami berazam akan datang lagi kesini.Tempatnya tak jauh dari Mersing.Dalam lingkungan 11 kilometer. Perhatikan sebelum simpang masuk ada kilang keropok disebelah kiri,ikut signboard pantai air papan.Bila anda dah jumpa kawasan sawah padi perhatikan simpang sebelah kanan.Ada signboard jangan risau.Tempat ini memang cantik.Cuma waktu kami datang tu permulaan musim tengkujuh jadi kena berhati-hati dengan anak-anak kita.Ada disediakan kolam renang jadi sekiranya keadaan laut tidak mengizinkan ada alternatif lain.
Cantik pemandangannya.Teluk ini namanya Teluk Buih.
Emak saya ambil feel tepi laut.
Bilik pertama ada satu katil double,ada minibar.
Bilik kedua ada satu katil double dan satu katil single.Ada tv tapi tiada siaran. Tandasnya berkongsi.

Bilik kami ialah bilik family.Ada 2bilik bersambung dengan satu tandas.Ada 2 katil double dan satu katil single.Selesai check in budak-budak pergilah berkubang

,saya merantau mencari makanan tengahari.Agak malang sikit nasib kami.Kebanyakan gerai selepas pukul 3 akan ditutup.Terpaksa mencari sehingga ke jalan besar.Di pantai air papan pun cuma ada keropok dan goreng pisang. Mujur ada gerai yang masib berniaga.Dapatlah juga makan nasi walaupun lauknya terhad.Saya cuma makan nasi dengan sup kosong dan telur masin.Itu pun berselera.....
Anak-anak selepas makan depa sambung berkubang.

.Saya pun mengambil kesempatan berehat.Malam dikawasan ini cuma ada tiga gerai sahaja beroperasi selain cafe di resort.Kami singgah disalah sebuah,makananya sedap dan harganya berpatutan,namun sekiranya anda malas hendak keluar boleh sahaja makan di cafe namun tempahan awal perlu dibuat dan harganya agak kerassss....
Keesokan harinya selepas bersarapan anak-anak meneruskan aktiviti berkubang,saya sambung golek-golek lagi almaklumlah lepas check out nak memandu pulang ke shah alam.
Sebelum check out kita bergambaran, buat kenang-kenangan.
Sebelum meneruskan perjalanan ke Rompin kami singgah di kilang keropok noorlita, kita rasa keropok mersing pulak....keputusannya? Memang confirm tak boleh lawan Terengganu punya.Namun kami beli jugalah,stok keropok lekor dah habisπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
Macam-macam saiz ada.
Errrrkkkk.....ni bukan saya punya.
Keropok keping yang sedang dikeringkan.


Dah setel semuanya jom kita ke Rompin! Isteri saya nak belanja makan udang galah! Gerai pilihan kami terletak sebelum persimpangan ke Pekan dan Muazzam Shah.Gerainya bernama gerai makan Azizah.Saya ada baca banyak komen positif berkenaan gerai ini.Kalau anda singgah disini jangan malu untuk bertanya ownernya pun bersedia melayan pertanyaan anda.
Macam-macam jenis masakan ada disediakan.
Tanda harga ada disediakan,jangan malu bertanya takut tersedak masa membayar nanti.

Setnya termasuk sayur,telur dadar,sambal belacan dan budu,ulam-ulaman nasi dan minuman untuk dua orang.
Puding raja pun ada di jual.

Setengah kilo udang gred c masak lemak.


Setengah kilo gred b masak telur masin
Letih juga nak perabihπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Dia minat dengan udang ni.


Isteri memilih pakej 3 orang makan dengan setengah kilo udang gred c masak lemak cili api,mak saya pula upkan lagi setengah kilo udang gred b masak telur masin.Anak yang sulung pula nak makan mee udang, yang dua orang lagi nak makan nasi lauk ikan dan ayam goreng,udang depa tak pandang.... terus terang masakannya memang sedap,especially masak lemak.Udang telur masin macam terlebih goreng namun masakannya memang AAA.....mee udangnya pun sedap.Pokok pangkalnya kesegaran udang memainkan peranan penting.Isi udangnya pejal,tak lembik. Keseluruhan bil kami anak beranak makan dikenakan bayaran rm145. Alhamdulillah makanannya berbaloi dengan harga yang dibayar. Selepas itu kami solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang. Perjalanan dari rompin sehingga lebuhraya lekas agak mencabar,jalannya sempit banyak kenderaan berat. Kebetulan pula hujan lebat.Dari lekas kami ambil exit nilai, selepas itu kami masuk elite dan terus exit di ebor.Singgah sebentar di seksyen 13 beli burger untuk makan malam.Kami sampai dirumah selepas azan maghrib.Alhamdulillah selesai satu lagi perjalanan kami sekeluarga....☺☺☺
En.Sotong ikut balik kali ini.

Rabu, 1 November 2017

Long trip,short vacation ke Setiu.

Assalamulaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Baru balik dari Terengganu semalam.
Terasa puas hati dan seronok dapat bersama-sama dengan keluarga.
Sebetulnya kami tidak merancang untuk ke Setiu,rancangan awalnya kami hendak ke Cameron Highlands sahaja.Tetapi dua minggu sebelum tarikh tersebut isteri saya mendapat panggilan dari Bahagian Pengurusan Hartanah mengatakan bahawa satu blok di Rumah Peranginan Persekutuan terpaksa ditutup dan tempahan kami terpaksa dibatalkan. Last minit macam ni memang susah nak cari bilik yang berpatutan.Saya pun cubalah menelefon kebeberapa tempat antaranya di Melaka,Pahang dan Selangor namun jawapannya tidak memberansangkan.Hanya satu resort di Setiu yang memberikan jawapan yang positif dan layanan yang professional.Saya berbincang dengan isteri,dia bersetuju.Kebetulan kami sudah lama tidak ke Terengganu.Kali terakhir kami singgah di Kemaman pada tahun 2015 untuk makan tengahari.Saya pun book satu bilik suite pada harga rm120 di Penarik Beach Resort.
Hari yang ditunggu telah tiba,kami bertolak dari shah alam pada jam 5 pagi,singgah di petronas bentong untuk solat subuh.Selesai solat kami meneruskan lagi perjalanan. Di rnr gambang kami singgah lagi untuk mengisi minyak.Khabarnya di LPT2 belum ada stesen minyak.Rupanya di gentian sebelah kijal kalau tak silap saya ada mini stesen petron.Namun seleksi minyak terhad pada ron95 sahaja.Kami sampai di exit Kuala Terengganu sekitar jam 10 pagi. Kami menghala ke Kuala Terengganu dahulu.Isteri kata apa barang pergi Terengganu tak singgah pasar payang? So ke pasar payanglah kita.
Mula-mula sampai kita cari makan dulu.Saya teringin nak makan nasi dagang.Dapat pun,nasi dagang di sini dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon.Kuahnya diletakkan dalam bekas berasingan.
Rm1.50 sahaja sebungkus.Tapi kalau saya mau tiga bungkus baru kenyang hahaha....anak-anak,isteri dan ibu saya makan roti canai dan murtabak, apa barang pergi sampai Terenggganu makan roti canai dan murtabak kan? Setel makan orang perempuan ni biasalah,nak bershopping
, saya cari satu port baik untuk saya berehat, dan mereka bolehlah meneruskan sesi terapi shopping mereka.Badan dah mula rasa lain macam.Macam nak demam je. Saya duduk diam-diam sementara waktu.
Setel aktiviti bershopping mereka dalam pukul satu tengahari, macam-macam depa borong.Saya belum gaji tengokkan ajela....kain ela,kain batik,jajan,budak-budak dengan souvenirnya,saya masa tu dah pening lalat....macam nak demam.Wife kata macam taknak balik,anak pulak kata bila dia pencen nak balik duduk sini,saya pun lama lagi nak pencen dia boleh fikir pasal dia nak pencen? Haru ni....kena gerak juga ke resort,kalau saya pengsan nanti jenuh nak angkat.
Saya pun drive slow-slow,dalam pukul 2 macam tu sampailah kami ke pantai Penarik.Viewnya amat cantik dan mendamaikan.Dalam perjalanan tadi saya memerhatikan ada beberapa kedai menjual keropok, namun satu kedai menarik perhatian saya kerana terdapat satu barisan  manusia beratur nak membeli keropok di situ. "Musti sedaaaappp" fikiran saya.....
Sampai kami diresort saya selesaikan urusan check in dahulu, nak baring-baring,seram sejuk lain macam. Selesai solat saya berselimut atas katil,menggigil kesejukan.Sah demam.Isteri dan ibu saya tolong tengokkan anak-anak mandi di kolam.Laut memang tak sesuai untuk mandi-manda.Ombak agak ganas almaklumlah dan hampir penghujung tahun.
Dalam pukul 4petang saya terjaga,perut berkeroncong minta diisi.Terhegeh-hegeh kekedai sebelah,order kueytiaw sup dan teh o limau panas, masin gila! Lepas ejas dengan air panas secawan barulah OK rasanya.Kedai ini tarikan utamanya seafood celup tepung, mungkin malam ini boleh cuba.Maaf setakat ini kurang gambar, selera bergambar belum ada.Berpeluh-peluh nak menghabiskan makanan,tanda-tanda demam nak kebah..
.Selepas makan termenung diluar bilik,mood kelaut....memang tepi laut pun....anak-anak biasalah kalau dah jumpa air.Namun saya larang mereka untuk turun kelaut,bahaya. Saya ajak ibu dan isteri untuk makan malam,kedai celup tepung ni tutup 8malam. Kami ajak anak-anak bersiap,lambat nanti kedai tutup.Isteri request kedai yang cantik viewnya,so saya bawa ke kedai lagi satu. Makan dulu, semuanya layan diri, servis agak lambat walaupun pelanggan agak kurang.Kalau ramai mau kebulur ni....
Maaf gambar agak kabur,gorengan tidak berapa rancak,mungkin kerana dah lewat petang.jika anda perhatikan dibawah air minuman pun belum siap lagi.Kena order dan tunggu.
Inilah gerangan udangnya,memang manis rasanya,udangnya memang segar.Sayang sotong dan ikannya agak sejuk.
Inilah nama kedai kami makan petang itu.

Selesai makan matahari semakin tenggelam,takpe,esok kita repeat balik.
Keesokan harinya perut berkeriuk diawal pagi minta diisi,saya dan isteri bergegas mencari sarapan,kita diperantauan,maunya kenalah ikut selera orang sini,baru kena gayanya.
Sampai depan masjid,tengok ada beberapa orang sedang mengerumuni seorang pakcik yang sedang terkial-kial menyusun jualannya.Jom kita kerumun pakcik tu.....
Belum banyak lagi barang jualannya, dia ni kira macam pemboronglah,macam-macam makanan dihantar kepadanya,kuih-muih,ketupat palas,nasi minyak,nasi lemak,nasi berlauk,nasi dagang,sate pun ada pagi2 ni!
Tuuuuu dhiaaaa gerai dia dah penuh,apa lagi? Jomlah memborong.Macam rasa nak beli semua benda,rambang mata dibuatnya,kali ni saya pulak rasa taknak balik hahahah.....
Lepas beli makanan kami ternampak satu tempat yang cantik,boleh bawa kereta hampir kepantai,kami pun bergambar walaupun perut sedang lapar.
Inilah hasil borongan kami tadi,habis dalam rm20 je.Makanan punyalah banyak,siap boleh bawa bekal lagi makan dalam kereta.Kuih muih cuma 3 seringgit manakala nasi rm2 sebungkus.
Nasi kerabunya simple dan sedap.
Nasi minyaknya ada sambal belacan.
Yang ini paling win,karipapnya inti serunding ikan sama seperti pulut panggang.
Seronok kan breakfast tepi laut? Ditemani desiran ombak.Tu yang sampai dua bungkus nasi kena balun.
Selepas makan anak-anak menyambung aktiviti mandi sampai lebam,bolehlah mula mengemas,kejap lagi nak balik dah.Dalam pukul 10 hujan pun turun,saya panggil anak-anak masuk,jom kita bersiap nak balik.Last kopek bergambar sebelum balik.
Selepas mengisi minyak untuk perjalanan pulang kami singgah ke kedai keropok ini,betul-betul sebelah petronas tu,boleh tengok live depa proses keropok lekor.
Beli yang goreng sedikit untuk makan dalam kereta,menyesal beli sedikit....huhuhuhuhu sedaaaapppppp keropoknya.
Alhamdulillah,berakhir trip keluarga kali ini dengan temanya "long trip,short vacation" .Jarak perjalanan hampir 1100 kilometer pergi dan balik. Masa diambil adalah 36 jam,semalam 5 pagi keluar rumah,hari ini 5 petang kami selamat sampai.Syukur alhamdulillah..Minggu depan kita tripping ke selatan pulak ya.....