Bismillahirrahmanirrahim.
Baru balik dari Terengganu semalam.
Terasa puas hati dan seronok dapat bersama-sama dengan keluarga.
Sebetulnya kami tidak merancang untuk ke Setiu,rancangan awalnya kami hendak ke Cameron Highlands sahaja.Tetapi dua minggu sebelum tarikh tersebut isteri saya mendapat panggilan dari Bahagian Pengurusan Hartanah mengatakan bahawa satu blok di Rumah Peranginan Persekutuan terpaksa ditutup dan tempahan kami terpaksa dibatalkan. Last minit macam ni memang susah nak cari bilik yang berpatutan.Saya pun cubalah menelefon kebeberapa tempat antaranya di Melaka,Pahang dan Selangor namun jawapannya tidak memberansangkan.Hanya satu resort di Setiu yang memberikan jawapan yang positif dan layanan yang professional.Saya berbincang dengan isteri,dia bersetuju.Kebetulan kami sudah lama tidak ke Terengganu.Kali terakhir kami singgah di Kemaman pada tahun 2015 untuk makan tengahari.Saya pun book satu bilik suite pada harga rm120 di Penarik Beach Resort.
Hari yang ditunggu telah tiba,kami bertolak dari shah alam pada jam 5 pagi,singgah di petronas bentong untuk solat subuh.Selesai solat kami meneruskan lagi perjalanan. Di rnr gambang kami singgah lagi untuk mengisi minyak.Khabarnya di LPT2 belum ada stesen minyak.Rupanya di gentian sebelah kijal kalau tak silap saya ada mini stesen petron.Namun seleksi minyak terhad pada ron95 sahaja.Kami sampai di exit Kuala Terengganu sekitar jam 10 pagi. Kami menghala ke Kuala Terengganu dahulu.Isteri kata apa barang pergi Terengganu tak singgah pasar payang? So ke pasar payanglah kita.
Mula-mula sampai kita cari makan dulu.Saya teringin nak makan nasi dagang.Dapat pun,nasi dagang di sini dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon.Kuahnya diletakkan dalam bekas berasingan.
Rm1.50 sahaja sebungkus.Tapi kalau saya mau tiga bungkus baru kenyang hahaha....anak-anak,isteri dan ibu saya makan roti canai dan murtabak, apa barang pergi sampai Terenggganu makan roti canai dan murtabak kan? Setel makan orang perempuan ni biasalah,nak bershopping
, saya cari satu port baik untuk saya berehat, dan mereka bolehlah meneruskan sesi terapi shopping mereka.Badan dah mula rasa lain macam.Macam nak demam je. Saya duduk diam-diam sementara waktu.
Setel aktiviti bershopping mereka dalam pukul satu tengahari, macam-macam depa borong.Saya belum gaji tengokkan ajela....kain ela,kain batik,jajan,budak-budak dengan souvenirnya,saya masa tu dah pening lalat....macam nak demam.Wife kata macam taknak balik,anak pulak kata bila dia pencen nak balik duduk sini,saya pun lama lagi nak pencen dia boleh fikir pasal dia nak pencen? Haru ni....kena gerak juga ke resort,kalau saya pengsan nanti jenuh nak angkat.
Saya pun drive slow-slow,dalam pukul 2 macam tu sampailah kami ke pantai Penarik.Viewnya amat cantik dan mendamaikan.Dalam perjalanan tadi saya memerhatikan ada beberapa kedai menjual keropok, namun satu kedai menarik perhatian saya kerana terdapat satu barisan manusia beratur nak membeli keropok di situ. "Musti sedaaaappp" fikiran saya.....
Sampai kami diresort saya selesaikan urusan check in dahulu, nak baring-baring,seram sejuk lain macam. Selesai solat saya berselimut atas katil,menggigil kesejukan.Sah demam.Isteri dan ibu saya tolong tengokkan anak-anak mandi di kolam.Laut memang tak sesuai untuk mandi-manda.Ombak agak ganas almaklumlah dan hampir penghujung tahun.
Dalam pukul 4petang saya terjaga,perut berkeroncong minta diisi.Terhegeh-hegeh kekedai sebelah,order kueytiaw sup dan teh o limau panas, masin gila! Lepas ejas dengan air panas secawan barulah OK rasanya.Kedai ini tarikan utamanya seafood celup tepung, mungkin malam ini boleh cuba.Maaf setakat ini kurang gambar, selera bergambar belum ada.Berpeluh-peluh nak menghabiskan makanan,tanda-tanda demam nak kebah..
.Selepas makan termenung diluar bilik,mood kelaut....memang tepi laut pun....anak-anak biasalah kalau dah jumpa air.Namun saya larang mereka untuk turun kelaut,bahaya. Saya ajak ibu dan isteri untuk makan malam,kedai celup tepung ni tutup 8malam. Kami ajak anak-anak bersiap,lambat nanti kedai tutup.Isteri request kedai yang cantik viewnya,so saya bawa ke kedai lagi satu. Makan dulu, semuanya layan diri, servis agak lambat walaupun pelanggan agak kurang.Kalau ramai mau kebulur ni....
Maaf gambar agak kabur,gorengan tidak berapa rancak,mungkin kerana dah lewat petang.jika anda perhatikan dibawah air minuman pun belum siap lagi.Kena order dan tunggu.
Inilah gerangan udangnya,memang manis rasanya,udangnya memang segar.Sayang sotong dan ikannya agak sejuk.
Inilah nama kedai kami makan petang itu.
Selesai makan matahari semakin tenggelam,takpe,esok kita repeat balik.
Keesokan harinya perut berkeriuk diawal pagi minta diisi,saya dan isteri bergegas mencari sarapan,kita diperantauan,maunya kenalah ikut selera orang sini,baru kena gayanya.
Sampai depan masjid,tengok ada beberapa orang sedang mengerumuni seorang pakcik yang sedang terkial-kial menyusun jualannya.Jom kita kerumun pakcik tu.....
Belum banyak lagi barang jualannya, dia ni kira macam pemboronglah,macam-macam makanan dihantar kepadanya,kuih-muih,ketupat palas,nasi minyak,nasi lemak,nasi berlauk,nasi dagang,sate pun ada pagi2 ni!
Tuuuuu dhiaaaa gerai dia dah penuh,apa lagi? Jomlah memborong.Macam rasa nak beli semua benda,rambang mata dibuatnya,kali ni saya pulak rasa taknak balik hahahah.....
Lepas beli makanan kami ternampak satu tempat yang cantik,boleh bawa kereta hampir kepantai,kami pun bergambar walaupun perut sedang lapar.
Inilah hasil borongan kami tadi,habis dalam rm20 je.Makanan punyalah banyak,siap boleh bawa bekal lagi makan dalam kereta.Kuih muih cuma 3 seringgit manakala nasi rm2 sebungkus.
Nasi kerabunya simple dan sedap.
Nasi minyaknya ada sambal belacan.
Yang ini paling win,karipapnya inti serunding ikan sama seperti pulut panggang.
Seronok kan breakfast tepi laut? Ditemani desiran ombak.Tu yang sampai dua bungkus nasi kena balun.
Selepas makan anak-anak menyambung aktiviti mandi sampai lebam,bolehlah mula mengemas,kejap lagi nak balik dah.Dalam pukul 10 hujan pun turun,saya panggil anak-anak masuk,jom kita bersiap nak balik.Last kopek bergambar sebelum balik.
Selepas mengisi minyak untuk perjalanan pulang kami singgah ke kedai keropok ini,betul-betul sebelah petronas tu,boleh tengok live depa proses keropok lekor.
Beli yang goreng sedikit untuk makan dalam kereta,menyesal beli sedikit....huhuhuhuhu sedaaaapppppp keropoknya.
Alhamdulillah,berakhir trip keluarga kali ini dengan temanya "long trip,short vacation" .Jarak perjalanan hampir 1100 kilometer pergi dan balik. Masa diambil adalah 36 jam,semalam 5 pagi keluar rumah,hari ini 5 petang kami selamat sampai.Syukur alhamdulillah..Minggu depan kita tripping ke selatan pulak ya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan