Kalau anda kaki nasi kandaq,kalau kemana pun anda pergi anda akan cuba cari juga restoran nasi kandaq.
Hari ini kami ke pekan pantai remis atas cadangan adik ipar saya.Katanya ada restoran nasi kandaq yang menyajikan sajian yang sangat sedap pada tekak dia.
Kami pun Google......rupanya restoran tu terletak ditengah pekan pantai remis.Pekan ini terkenal dengan industri perikanannya.

Kedai ini mula menyajikan hidangan nasi kandar mulai jam 5 petang sehingga habis.Anda boleh beratur untuk memilih lauk ataupun pesan pada pelayan makanan pilihan anda.
Saya pilih lauk ayam goreng,sotong kari dan bendi rebus bersama kuah banjir.
Isteri saya pilih ikan jenahak bersama sotong kari,bendi dan kuah banjir.
Ramai pelanggan terdiri dari orang tempatan.Rasanya hanya kami sahaja orang luar.Seleksi menu agak terhad.Tiada udang dan sotong besar, masakan pun terhad pada kari sahaja.Tiada masak kicap,masak merah atau masak madu.Namun kami berpuas hati dengan harga dan rasa masakannya.Tidak mencekik darah.Harga makanan dipaparkan pada papan tanda didepan cashier.
Depa menggunakan konsep running bill.Apa sahaja yang di pesan akan ditulis pada kertas ini.
Setelah anda memjelaskan bayaran cashier akan mengeluarkan invois cukai seperti ini.Ada gst kau!Ingat kedai kat pekan kecil sebegini tak layak kena gst.Maknanya boleh tahanlah juga perniagaan depa.
Bagi yang tak mahu makan nasi dibahagian luar ada gerai menjual mee rebus,mee goreng,pasembur dan rojak mee.