Kundasang

Kundasang

Isnin, 20 Julai 2015

Kerabu rebung? Pajeri laaa...

Raya ketiga.....tak lalu dah nak makan lemang dan rendang....makan nasik la pulak..jom masak pajeri rebung...
Tumiskan 2kuntum bunga lawang,3biji buah pelaga,2inci kulit kayu manis,2tangkai daun kari,2cili kering yang dipotong,setelah naik baunya masukan 2biji bawang besar,3ulas bawang putih,1inci halia yang talah dikisar,masak lagi sehingga naik bau.
Masukan 2 peket kecil rempah kari daging.
Setelah pecah minyak masukan kerisik dari sebiji kelapa,bersama santan(optional)  


Masukan rebung(fresh) yang telah direbus,masukan 2keping asam gelugur,gula dan garam
,tunggu sehingga mendidih.
Dah siap,.....nasik mana nasik?


Peeeerrrghhhh.....nasik panas,ayam goreng,pajeri rebung,sambal hitam sama kicap manis.Jemput makan.

Khamis, 16 Julai 2015

Dah setel dah....nak balik kampung raya pulak...

Keesokan harinya kami pun check out dah....mulakan perjalanan balik raya...tapi nyinggah shopping dulu.





D24 rm10 sebijik
Strawberry mahei.

Cameron highlands bulan puasa bahagian dua.

Petang tu kami keluar agak lewat.Bajet orang takde.Kami silap.


Area sekitar kea farm memang dah lengang.

Hahaha homputih pun beratur nak beli murtabak

Puan wifey berkenan dengan satu benda.




Lengang pasal penjual ramai dah balik.

Kuih Tokyo namanya....

Ada inti jagung,coklat,strawberries.

Kedai regular kami dah tutup cuti raya.Kena pegi kedai lain.Penuh sesangat....dekat pukul lapan baru dapat jamah nasi.

Redho je la minum air tin sama murtabak Dan kuih Tokyo.

Menginap di rpp cameron highlands bulan puasa? Bahagian satu.

Pernah tak terfikir apa ada di Cameron highlands semasa bulan puasa? Kami terjah lagi tahun ini.Jenguk2 kat peranginan.bph.


gov.my tengok2 ada kekosongan bilik di rpp Cameron highlands pada 14/7,memang cantik sangat la tu.Singgah cameron pastu terus balik raya.Jalan belum sesak,cruising selesa sampai tanjung malim kena tembak.😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢
Kami exit di simpang pulai,laluannya agak kuran mencabar sikit,Setelah lebih kurang setengah jam mendaki anda akan jumpa penanda sempadan negeri Pahang.Dah dekat dah ni.


Ada disediakan taman permainan untuk anak-anak begumbira,(Mak bapak tak boleh nanti roboh...)

Agak sunyi mungkin keranaa bulan puasa.

Ada dapur bbq untuk mereka yang ingin berbbq.




h s


Katil yang disediakan ialah sebuah katil single dan sebuah katil double.Biliknya luas bawa toto kalau ahli rombongan ramai.


Syukur semua kemudahan ini hanya rm25 semalam.Tapi untuk kakitangan kerajaan sahaja. Rehat dulu,petang sikit cari juadah.



Jom masak udang nestum!

Assalamualikum,bulan puasa ni kena kerja petang,sekali sekala dapat gak masak untuk keluarga.Arini nak masak udang goreng nestum.senang je,bahan-bahannya 
1.Chopped garlic
2.Cili padi dihiris
3.Daun kari
4.Udang secukup rasa
5.Serbuk nestum
6.Gula dan garam
7.Majerin untuk menumis






Memula goreng udang yang telah digunting misai dan dibelah belakang.Takyah buang kulit nanti tak hensem.Pastu ketepikan.

Tumiskan bawang putih,pastu masukan cili padi dan daun kari,bila dah naik baunya masukan nestum,gula dan garam secukup rasa.Bila dah garing masukan udang tadi,gaul dan tutup api.

Sedia untuk dihidang.

Rabu, 8 Julai 2015

End of our road trip.Last day!,Babai Langkawi!

Menunggu giliran untuk naik ke dalam feri.
Sempat aja bebudak ni....

Good bye langkawi...ada rezeki kami datang lagi.


Pantang jumpa kucing....



Wife belanja....tq,muahmuahhhh....

Mangga datuk namanya....macam betik.
Setakat itu je catatan perjalanan kami ke langkawi,trip pertama 13 tahun lepas masa belum ada anak-anak,Sekarang anak dah 3,Langkawi pun banyak berubah,masa catatan ni di tulis kita sedang menuju ke akhir ramadhan,Ada trip jugak ke? nantikan catatan kami seterusnya.Insya Allah.

Selasa, 7 Julai 2015

Roadtrip, kami makan nasi dagang pak malau, pastu charkueytiaw airport

Harini last day kami kat sini,esok nak balik dah.On the way ke makam mahsuri singgah di sini,view dia memang cantik.


Nama kedai nya Nasi Dagang Pak Malau.

Cantik sangat view sampai tak sedar dah dua pinggan...
Balik dari makam mahsuri wife ajak repeat char kueytiaw semalam.Sedap sangat katanya.

Aik awat arini dapat basah punya?

Nak yang ini la.