Kundasang

Kundasang

Khamis, 16 Julai 2015

Jom masak udang nestum!

Assalamualikum,bulan puasa ni kena kerja petang,sekali sekala dapat gak masak untuk keluarga.Arini nak masak udang goreng nestum.senang je,bahan-bahannya 
1.Chopped garlic
2.Cili padi dihiris
3.Daun kari
4.Udang secukup rasa
5.Serbuk nestum
6.Gula dan garam
7.Majerin untuk menumis






Memula goreng udang yang telah digunting misai dan dibelah belakang.Takyah buang kulit nanti tak hensem.Pastu ketepikan.

Tumiskan bawang putih,pastu masukan cili padi dan daun kari,bila dah naik baunya masukan nestum,gula dan garam secukup rasa.Bila dah garing masukan udang tadi,gaul dan tutup api.

Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan