Kundasang

Kundasang

Ahad, 27 September 2015

Elephant sanctuary Kuala gandah dan Colmar tropicale on the way balik.

Awal pagi kami keluar mencari tempat bersarapan.Tapi banyak kedai yang belum buka.Mungkin timetable di Temerloh memang begini.Akhirnya jumpa sebuah warong di tepi sungai.Lepas makan kami shoot2 la gambar sikit.
Kesan banjir 2014 masih ada lagi pada signboard Temerloh.


Selepas check out kami menuju ke Lanchang.Destinasi kami ialah Kuala Gandah Elephant Sanctuary.
Ambik gambar dulu...

Pusat penerangan,pelawat dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan pas pelawat,tiada bayaran dikenakan.

Aktiviti yang tersenarai haritu ialah Baby  Elephants,kena jalan sikit masuk dalam kawasan anak2 gajah.

Tebu ada dijual untuk kudapan anak2 gajah.....

Jangan takut,depa tak gigit,paling kuat pun kena sedut hahaha

selesai acara di sini kami bergerak ke Bukit Tinggi pulak.
Cantik bangunan di sini,ala2 peranchesssss....





cuma tiket masuk agak mahal,lagi satu kalau boleh bawa makanan sendiri,makanan yang dijual adalah TIGA KALI GANDA HARGA NORMAL.

Sabtu, 26 September 2015

Bawa anak-anak berkubang di Kubang Gajah Mini Water park Temerloh.

Assalamualaikum.Cuti sekolah bulan sembilan.Kami sekeluarga menemani Ayah saya berurusan di Maran,kampung sebelah ayah saya.Selesai urusan pejabat,pegilah jenguk2 area saya dan adik beradik membesar ketika dulu. Lepas tu kami bergerak ke Temerloh dengan perut yang berkeroncong. Hajat mesti ditunaikan.Kalau di Temerloh tarikanya ialah Patin Tempoyak apa lagi? Jom!
Ada label ya Patin biasa dengan Patin buah.

Udang galah pun ada.

Nasi wife saya.Saya punya tak sempat snap.Lapoooooor....

Ini kedainya.Harga berpatutan kami ambil nasi 5,ulam dan sayur,patin dua ketul,keli goreng,ayam goreng.rm43 je siap air.




Sebelah petangnya kami ke Mini Water park Kubang Gajah. Dalam bandar Temerloh je.



Ada beberapa kolam dan berbagai jenis permainan air. 

Anak bungsu saya melekat dekat paddle boat dari awal sampai akhir.

Cuaca tak berapa mengizinkan.530 petang kami balik nak ribut dah tu.

Papan tanda.Harga dewasa rm10,kanak-kanaak rm8,kalau nak jaga anak sahaja rm1. Nak bawa bekal pun boleh.Agak prihatin peraturan ini.

Kami pulang dengan senang hati. Syukur.Ada rezeki kami datang lagi.k

Khamis, 10 September 2015

Sukaneka pulak....pastu BBQ dan karaoke

Hari kedua acara full.... Paginya ada sukaneka,petangnya ada main layang-layang.Malam pulak ada BBQ,karaoke dan lucky draw.
Acara kanak-kanak

Mak bapak sibuk menghapdet

Malam bbq bagi kanak-kanak sibuk dengan aktiviti mewarna
Orang dewasa beraksi di depan grill
Humakhai mana tokeynya nampak asap ajer... keseluruhannya kami sekeluarga amat bergumbira dengan kegiatan konvoi sebegini kerana ia melibatkan penyertaan semua pihak,kita boleh nampak pihak penganjur bertungkus lumus menjayakan acara ini,kami amat berbangga dapat berkawan dengan mereka semua,dengar khabar konvoi tahun depan akan ke pantai timur pula,kita tunggu insya Allah,aamiin....

Ahad, 6 September 2015

Bergerak ke klebang!

Selesai urusan check in dan makan- makan bekalan potluck kami pun bergerak ke pantai klebang untuk sesi penggambaran bersama rtm melaka.
Family saya dalam kereta kotak kami.
Banner event
Kakak nak posing jugak
Group photo para driver merangkap owner,
Bapak dara sama anak dara.....
Shot paling menarik sekali
Kaum keluarga turut bersama menyaksikannya.


gambar panorama di tapak expo

lagi satu kali........


Rabu, 2 September 2015

Selamat menyambut hari kemerdekaan! Jom konvoi!

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah setelah perancangan selama beberapa bulan, kami berjaya mengikuti konvoi 3h2m bersama My Champy Juara Club.Pengalaman yang amat menarik bagi kami sekeluarga,almaklumlah kali pertama berkonvoi sekeluarga.Destinasi pilihan adalah di pantai padang kemunting,pengkalan balak melaka.Gambar-gambar yang di paparkan dalam post ini adalah dari kamera saya dan kawan-kawan juara club.


RV point para peserta dari selatan dan utara adalah di r n r seremban arah selatan.Mana kala peserta dari pantai timur terus ke resort.
Sampai di resort kenderaan kami disusun rapat-rapat agar semua peserta dapat parking di depan resort

Tak muat jugak,ada yang terpaksa parking tepi pantai.

Tersusun dan nampak menarik,pelbagai warna dan tahap pengubahsuaian.
ada sambungannya lagi.....ini baru separuh hari!