Kundasang

Kundasang

Ahad, 27 September 2015

Elephant sanctuary Kuala gandah dan Colmar tropicale on the way balik.

Awal pagi kami keluar mencari tempat bersarapan.Tapi banyak kedai yang belum buka.Mungkin timetable di Temerloh memang begini.Akhirnya jumpa sebuah warong di tepi sungai.Lepas makan kami shoot2 la gambar sikit.
Kesan banjir 2014 masih ada lagi pada signboard Temerloh.


Selepas check out kami menuju ke Lanchang.Destinasi kami ialah Kuala Gandah Elephant Sanctuary.
Ambik gambar dulu...

Pusat penerangan,pelawat dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan pas pelawat,tiada bayaran dikenakan.

Aktiviti yang tersenarai haritu ialah Baby  Elephants,kena jalan sikit masuk dalam kawasan anak2 gajah.

Tebu ada dijual untuk kudapan anak2 gajah.....

Jangan takut,depa tak gigit,paling kuat pun kena sedut hahaha

selesai acara di sini kami bergerak ke Bukit Tinggi pulak.
Cantik bangunan di sini,ala2 peranchesssss....





cuma tiket masuk agak mahal,lagi satu kalau boleh bawa makanan sendiri,makanan yang dijual adalah TIGA KALI GANDA HARGA NORMAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan