Kundasang

Kundasang

Ahad, 4 Oktober 2015

Nasi daging air asam utara.....mmmmmmm....

Alhamdulillah.....aidiladha aritu dapat daging korban sikit.Ni baru nak mengerjakan.Nak masak apa?Wife request nasi daging air asam utara.Boleh aje.Lepas research sikit2 dan bertanya kepada rakan2 saya pun memulakan projek saya.
Tengok gambar hasilnya,ambik mood dulu,sedapnya nasi ini ialah pada air asamnya,kalau tak ada air asam tu,macam tak berseri je,....

Nasi Daging Air Asam Utara
setengah kilo daging lembu dihiris nipis
lima biji buah pelaga
tiga kuntum bunga lawang
lima kuntum bunga cengkih
sebatang kecil kulit kayu manis
sebiji bawang besar dihiris
lima ulas bawang putih dihiris
seinci halia dihiris
semua barang ditumiskan dengan minyak sehingga wangi 
masukan 1.5 liter air dan daging 
masukan sedikit celery dan tomato(optional)
tambahkan sedikit garam,renih sehingga empuk.


sementara menunggu daging empuk kita proses air asam sama acar timun
komponen air asam ialah
air asam jawa
belacan
kerisik
(ya kerisik,saya pun baru tau)
cili merah dan cili padi dihiris
bawang besar atau bawang kecil dihiris
buah tomato dipotong dadu kecil
kesemua bahan2 ini hendaklah diadun mengikut selera sipembuat...

untuk acar timunnya sekadar timun hiris bersama bawang dan cili hiris diadun bersama cuka dan gula.

bila rebusan tadi sudah empuk dagingnya bolehlah dimulakan proses memasak nasi
tiga gelas beras basmathi dibasuh dan direndam selaam setengah jam.
empat gelas air rebusan daging tadi(sukat air sahaja)
daging rebusan bersama rempah2 tadi boleh dimasukan bersama setelah menyukat air.
daun pandan
garam
minyak sapi dalam sesenduk
segenggam kismis(optional)
semua bahan2 digabungkan dalam rice cooker,tekan cook dan tunggu.
tuuuuuudhiaaaaaa......
bila dah sia macam tu la rupa dia....sekarang korang dah boleh hidangkan....cadangan hiasan boleh refer gambor kat atas,Memang sedap tapitak boleh makan banyak2,sekali sekala boleh la....mmmm daging korban ada lagi ni,Minggu depan pulak la....Selamat menchobaaaa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan