Kundasang

Kundasang

Khamis, 29 Oktober 2015

Cherating Dua Hari Satu Malam! Bahagian satu.

Assalamualaikum.24/10 ada kenduri sepupu di Jabor Pahang.Wife tanya Cherating jauh ke? Saya jawap dua puluh minit saja.Wife kata jom? Saya belanja bilik.Alhamdulillah orang dah offer kita on sahaja.


Perjalanan ke Jabor melalui LPT mengambil masa kira-kira empat jam. Dah sampai kita layan kenduri dulu.







Seronok dapat berjumpa adik beradik ayah saya.
Selesai acara kenduri kami pun bergerak ke Cheating melalui Gebeng Bypass.Memang tak jauh.Dalam perjalanan terserempak kemalangan lori Bauksit.


Lorinya terbabas.Pemandunya terbunuh.Innalillah.
Chalet yang kami sewa.Semi D, ada dua katil kelamin,dua bunk bed, dua toilet, muat masuk lapan orang.

Depa kata pool view.Dapatla partial seaview.rm220 semalam.OK la bilik besar.Cuma agak usang.


Bilik double rm100 sebelah belakang.Malam tu kosong.cuma kami sekeluarga sahaja dibahagian belakang.Penginap yang lain bertumpu ke chalet seaview.
Kalau dah sampai ke pantai apa lagi? Jom mandi laut sampai lebam!





























Bosan mandi laut depa peradak mandi pool pulak.Ada pool kanak-kanak dan dewasa. Jaga keselamatan anak masing-masing.Saya tinggalkan anak-anak dengan mama mereka.Saya nak siapakan makan malam.

Dinner kami simple sahaja steamboat bersama yee mee,masak dalam bilik hihihi....

Perut dah kenyang, tidurlah kita esok sambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan