Kundasang

Kundasang

Khamis, 29 Oktober 2015

Cherating Dua Hari Satu Malam! Bahagian satu.

Assalamualaikum.24/10 ada kenduri sepupu di Jabor Pahang.Wife tanya Cherating jauh ke? Saya jawap dua puluh minit saja.Wife kata jom? Saya belanja bilik.Alhamdulillah orang dah offer kita on sahaja.


Perjalanan ke Jabor melalui LPT mengambil masa kira-kira empat jam. Dah sampai kita layan kenduri dulu.







Seronok dapat berjumpa adik beradik ayah saya.
Selesai acara kenduri kami pun bergerak ke Cheating melalui Gebeng Bypass.Memang tak jauh.Dalam perjalanan terserempak kemalangan lori Bauksit.


Lorinya terbabas.Pemandunya terbunuh.Innalillah.
Chalet yang kami sewa.Semi D, ada dua katil kelamin,dua bunk bed, dua toilet, muat masuk lapan orang.

Depa kata pool view.Dapatla partial seaview.rm220 semalam.OK la bilik besar.Cuma agak usang.


Bilik double rm100 sebelah belakang.Malam tu kosong.cuma kami sekeluarga sahaja dibahagian belakang.Penginap yang lain bertumpu ke chalet seaview.
Kalau dah sampai ke pantai apa lagi? Jom mandi laut sampai lebam!





























Bosan mandi laut depa peradak mandi pool pulak.Ada pool kanak-kanak dan dewasa. Jaga keselamatan anak masing-masing.Saya tinggalkan anak-anak dengan mama mereka.Saya nak siapakan makan malam.

Dinner kami simple sahaja steamboat bersama yee mee,masak dalam bilik hihihi....

Perut dah kenyang, tidurlah kita esok sambung lagi.

Isnin, 12 Oktober 2015

Apa beza Pantai Aceh dan Pantai Tanjung Piai di Pulau Indah?

Hari sabtu...catering dah hantar pukul lapan pagi tadi,ada masa terluang, tanya anak2 nak mandi laut tak?
Mereka orait aje. Jom kita ke pulau Indah port klang.Dengar cerita ada port berkelah baru.
Orang order nasik Arab....nak pukul lapan pagi.Tak tidor la....hahaha mujur sempat siap.
Ni la rupanya pintu gerbang pantai tanjung piai. Memang penhujung jalan dah. Jauh juga nak masuk sampai hujung tu...dekat 8km kut. Kena lalu jalan offroad sikit.
Waktu kami sampai air surut,boleh nampak garisan penanda gigi air semasa pasang.
Ada tersedia buaian untuk para pengunjung bersantai.

Gerai makanan pun ada.

Surau kecil untuk bersolat.

Kalau kemari jangan lupa bawa tikar.

Pondok ringkas untuk disewa pun ada.

Family depan saya siap bawa dapur bbq lagi.Menarik jugak idea mereka.

yang bawa khemah pun ada....

Anak-anak tak sabar menunggu air pasang,jadi saya bawa mereka ke gigi air untuk mandi manda.
kononnya saya taknak mandi,akhirnya terjebak...

kemudahan tandas/bilik mandi ala kadar sahaja

ada pengunjung dapat ikan,terus bakar buat lauk

hammock ni tak payah sewa,free aje

buai ni pun free....
L

Kira2 pukul dua petang kami bergerak pulang.....
Kami melencong sebentar ke Pantai Aceh,sebelah je Pantai Tanjung Piai,ada Angler's resort di situ.

Kadar bayaran yang dikenakan untuk memancing ,penginapan pun ada disediakan.

Ada jeti untuk para pemancing pergi ke tengah 

Bangunan resort....

Pantai yang agak curam,memang tidak sesuai untuk mandi manda ,sekian coretan saya kali ini.