Seringkali bila kami lalu di LPT berhampiran Genting Sempah ternampak papan tanda Janda Baik,terfikir juga apa ada di situ,jadi di suatu hari yang ada kelapangan kmi pun decide untuk ke sana.Tak berapa jauh,dari Shah Alam lebih kurang satu jam setengah.Masuk ikut R&R Genting Sempah,kita akan jumpa satu roundabout kecil,ambil simpang menuju ke Janda Baik.Dari roundabout Genting Sempah kita akan berjumpa simpang ke kanan ,ada pintu gerbang seperti gambar di atas,Selamat Datang
Ke Janda Baik.Belum sampai lagi,ada beberapa km lagi pemanduan sebelum kita sampai.
Jengjengjeng....Ada signboard lagi,disini anda dah boleh pilih mana resort yang berkenan di hati,yang mahal ada,yang murah pun ada,ikut bajet sendiri.Oleh kerana ini kali pertama kami ke mari,kami mengambil keputusan untuk pusing-pusing dahulu,tengok mana yang berkena dihati.
Pusing punya pusing,perut dah lapar,azan zohor dah berkumandang,kami decide untuk berhenti di satu resort yang bernaman Riverside Janda Baik.Seang je nak kenal tempat ini,sepanjang jalan ditepi sungainya ada banyak pondok,setingkat dan dua tingkat.Hajat asalnya nak bermalam dipondok sahaja,tetapi kerana kedudukan tandas agak jauh,kami mengambil keputusan untuk menyewa chalet sahaja,sementara menunggu chalet siap di kemas,makcik penjaga beri kebehnaran untuk kami makan dahulu di pondok no12,Memang feel makan di tepi sungai ni lain macam,laju je menyuap,selesai makan,anak-anak minta nak mandi sungai,saya cakap nanti la dulu,kita kemas barang masuk chalet.
Cantik kan pondok ini,dua tingkat,setiap satu tersedia tempat bbq sendiri,tak payah share,ada kemudahan elektrik,air ambil di sungailah,tandas terletak di dalam kawasan resort.Kadar sewa dan no telefon ada diletak di setiap pondok.
Inilah pondok no12 tempat kami makan sebelum check in.
Ini pula pondok setingkat no11,setiap pondok di sediakan tong sampah,jangan buang merata-rata.
Dapur bbq yang disediakan di setiap pondok.Seronok kan kalau bbq tepi sungai?
Parking tersedia di belakang pondok untuk penyewa.
Yang ini pula dewan makan,boleh di sewa sekiranya datang dalam kuantiti yang ramai.
Yay!Bilik dah siap!Laju ajer budak kecik tu...
Yang pentingnya tandas didalam,tak perlu gusar sekiranya tiba-tiba nak terkucil dimalam hari.Untuk maklumat lanjut berkenaan kadar sewa dan jenis pondok dak chalet anda boleh rujuk website mereka
di sini.
Dah siap berkemas,jom turun ke sungai!
Mmmm.....kat rumah suruh mandi susah,disini mintak nak mandi...
Pelampung juga boleh di sewa,boleh tubing nanti.
Untuk tidak menghampakan anak-anak,saya buka juga khemah,bolehla buat lepas gian.
Keesokan harinya jadi port anak-anak breakfast khemah ni.
Lepas breakfast bagi can mereka mandi lagi.pukul 12 kami pun check out,ada tempat lain kami nak pergi.
Kelihatan kabus masih ada walaupun ditengah hari,selamat tinggal Janda Baik,kami pasti akan kesini lagi,lain kali kami nak ber BBQ pula!
Kami pasti akan kembali ke sini....