Kundasang

Kundasang

Isnin, 28 Disember 2015

Berbarbekiu di Riverside Janda Baik

Pernah tak kita rasa seronok pergi ke satu tempat kemudian kita rasa nak pergi lagi? Kami berperasaan macam itulah bila kami ke riverside dulu.Wife kata dia nak bawa Mak dia kemari,jadi kali ini kami sewa rumah pula,lebih ramai boleh masuk.

Ada disediakan tandas didalam rumah.

Pintu ni memang tak boleh buka,jangan cuba pulak.

Ruang tamunya luas, tilam selimut dan bantal ada tersedia.

Trip kali ni ramai,ada lapan dewasa.
Selain mandi sungai seperti trip terdahulu,acara utama kami ialah berbarbekiu untuk makan malam. Saya dah siap marinate ayam dan daging sosej cheese pun ada,untuk kanak-kanak kami bawa nugget dan wedges untuk di goreng.


Siksa nak hidupkan api, dekat satu jam mengipas bergilir-gilir.

Haaaa....malam-malam jangan mandi sungai pulak...

Terbaik untuk anda!


Acara seterusnya ialah makan beramai-ramai.

Dan acara penutupnya layan teh o panas sambil bergebang di beranda.Alhamdulillah.

Sabtu, 26 Disember 2015

Berkonvoi ke kenduri kahwin dan ke Lubuk Timah bersama MYCJC

Sempena cuti panjang maulidurasul dan krismas,kami join trip ke kenduri kawin salah seorang ahli mycjc,Tokcik Muda,digabungkan sekali dengan acara steamboat di Lubuk Timah waterfall and hotspirngs.Kami bertolak awal sehari bagi mengelakkan kesesakan di jalan sempena cuti umum.

Sampai di felcra Changkat Lada dekat pukul 7,saya ajak anak-anak turun sebentar menikmati pemandangan sawah padi.

Tu diaaaa...orang tak pernah turun sawah...nasib baik saya larang kalau tak memang depa dah terjun parit tepi bendang tu.
Cantikkan? Ada sekumpulan bangau terbang tak jauh dari sini,tak boleh zoom,guna camera phone je 

Keesokan harinya kami mula berkumpul untuk berkonvoi kerumah pengantin,ramai jugak, ada dari Selangor,Perak dan Penang.
Sementara menunggu kedatangan peserta konvoi Tn. President cuci kereta dulu.
Semua dah siap jom kita mulakan konvoi!

Berkumpul menunggu kedatangan pengantin.
Tu dia berseri-seri kedua pengantin.
Tn. President nak cari ilham nak tulis apa..Zira peratikan ajeee...

Dah selesai makan dan bergambar,kami bergera ke destinasi seterusnya.
Tu dia dah nampak signboard, untuk makluman tempat ni terletak di tepi jalan simpang pulai ke Cameron highlands. Perhatikan signboard sebelah kiri.

Jalan masuk agak mencabar....

Dah sampaiiiii....yaaaayyy...
Saudara Zaid explore sampai atas, ada empangan dan air terjun, tapi tiada pondok atau wakaf, kami nak kan wakaf untuk memasak.


Dah dapat pondok kami mulakan aktiviti memasak, menu sup cendawan Zaid sponsor,steamboat hasil kutipan sumbangan para peserta konvoi.


Kanak-kanak bergumbira...

Mak bapak pun turut sama bergumbira..hahaha



Mycjc memang selalu menganjurkan aktiviti berkonsep kekeluargaan sebegini.



Sebelum kami pulang kami terserempak dengan makhluk misteri ini.....hari pun hujan.Kami berkemas dalam kelam-kabut selepas tu bersurai.Alhamdulillah..
Kredit foto dari kamera Zack Aprilia,mustariah,Zira,Abg din misai,noris, dan isteri saya.



Ahad, 20 Disember 2015

Singgah di Animal Farm Bukit Tinggi

Dalam perjalanan pulang dari janda baik,kami singgah ke animal farm Bukit Tinggi,tiket masuk untuk kami sekeluarga rm 20 sahaja,
Pellet makanan boleh dibeli di kaunter dengan harga rm 3....mahal weeehhhhh..... saya cadangkan kalau anda ke mari bawa pellet sendiri sahaja.
Rusa di sini memang jinak,tak payah panggil depa datang sendiri,kadang-kadang risau juga tengok tanduk dia tu.
Arnab-arnab pun comel dan berbagai baka dan corak terdapat di sini.
Comel pun comel jugak,tengok kuku dia pun boleh tahan tajam.
Haaaa.......makan elok-elok na,jangan berebut-rebut....

Ma...Pi nak syatu boyeh?
Dapat dah sekor,jangan dia mintak nak bawa balik sudah,hahahaha.......
Yang warna putih ni cantik,tapi sombong,jenuh anak saya kejar....

ok udah-udah ler tu nak balik ni.....

Laaaaadepa masuk sini pulak,saya dah lapor ni....jom balik wahai anak-anak....

Jumaat, 11 Disember 2015

Jom kita camping di Janda Baik!

Seringkali bila kami lalu di LPT berhampiran Genting Sempah ternampak papan tanda Janda Baik,terfikir juga apa ada di situ,jadi di suatu hari yang ada kelapangan kmi pun decide untuk ke sana.Tak berapa jauh,dari Shah Alam lebih kurang satu jam setengah.Masuk ikut R&R Genting Sempah,kita akan jumpa satu roundabout kecil,ambil simpang menuju ke Janda Baik.Dari roundabout Genting Sempah kita akan berjumpa simpang ke kanan ,ada pintu gerbang seperti gambar di atas,Selamat Datang
Ke Janda Baik.Belum sampai lagi,ada beberapa km lagi pemanduan sebelum kita sampai.
Jengjengjeng....Ada signboard lagi,disini anda dah boleh pilih mana resort yang berkenan di hati,yang mahal ada,yang murah pun ada,ikut bajet sendiri.Oleh kerana ini kali pertama kami ke mari,kami mengambil keputusan untuk pusing-pusing dahulu,tengok mana yang berkena dihati.

Pusing punya pusing,perut dah lapar,azan zohor dah berkumandang,kami decide untuk berhenti di satu resort yang bernaman Riverside Janda Baik.Seang je nak kenal tempat ini,sepanjang jalan ditepi sungainya ada banyak pondok,setingkat dan dua tingkat.Hajat asalnya nak bermalam dipondok sahaja,tetapi kerana kedudukan tandas agak jauh,kami mengambil keputusan untuk menyewa chalet sahaja,sementara menunggu chalet siap di kemas,makcik penjaga beri kebehnaran untuk kami makan dahulu di pondok no12,Memang feel makan di tepi sungai ni lain macam,laju je menyuap,selesai makan,anak-anak minta nak mandi sungai,saya cakap nanti la dulu,kita kemas barang masuk chalet.

Cantik kan pondok ini,dua tingkat,setiap satu tersedia tempat bbq sendiri,tak payah share,ada kemudahan elektrik,air ambil di sungailah,tandas terletak di dalam kawasan resort.Kadar sewa dan no telefon ada diletak di setiap pondok.

Inilah pondok no12 tempat kami makan sebelum check in.

Ini pula pondok setingkat no11,setiap pondok di sediakan tong sampah,jangan buang merata-rata.

Dapur bbq yang disediakan di setiap pondok.Seronok kan kalau bbq tepi sungai?

Parking tersedia di belakang pondok untuk penyewa.

Yang ini pula dewan makan,boleh di sewa sekiranya datang dalam kuantiti yang ramai.
Yay!Bilik dah siap!Laju ajer budak kecik tu...

Yang pentingnya tandas didalam,tak perlu gusar sekiranya tiba-tiba nak terkucil dimalam hari.Untuk maklumat lanjut berkenaan kadar sewa dan jenis pondok dak chalet anda boleh rujuk website mereka di sini.

Dah siap berkemas,jom turun ke sungai!

Mmmm.....kat rumah suruh mandi susah,disini mintak nak mandi...

Pelampung juga boleh di sewa,boleh tubing nanti.

Untuk tidak menghampakan anak-anak,saya buka juga khemah,bolehla buat lepas gian.
Keesokan harinya jadi port anak-anak breakfast khemah ni.
Lepas breakfast bagi can mereka mandi lagi.pukul 12 kami pun check out,ada tempat lain kami nak pergi.
Kelihatan kabus masih ada walaupun ditengah hari,selamat tinggal Janda Baik,kami pasti akan kesini lagi,lain kali kami nak ber BBQ pula!

Kami pasti akan kembali ke sini....