Assalamulaikum....
Macam terbaliklah pulak,
Dah siap cerita roadtrip baru nak cerita pre road trip.
Sebelum kami memulakan road trip kami dekat setahun juga kami buat research.
Kami kaji bila tarikh kadar termurah untuk sewaan bilik.Berhasil juga usaha kami dapat bilik connecting room dekat beach front hotel dengan harga rm360 untuk 2 malam.
Kami rujuk blog- blog mereka yang berpengalaman memandu di Thailand. Antara tips yang saya boleh kongsi ialah:
1. Elakkan memandu pada waktu malam kecuali kita biasa dengan kawasan tersebut.
(Kami terlanggar nasihat ini kerana silap percaturan masa)
2. Elakkan konfrontasi dengan orang tempatan.Kita kalau orang luar masuk kawasan kita acah-acah gangster macam mana? Perasaan mereka pun begitu juga, so tak kisahlah kita ni ayahanda ke,abang long ke, dekat tempat orang jangan cari pasal.Amalkan sikap rendah diri.Mengalah je.( Kami ada pengalaman juga, ada pikap ajak racing dimalam kami memandu dari donsak ke songkhla, saya tak layan dan akhirnya dia beredar.)
3. Awasi kiri kanan jalan semasa memandu, jalan inter city mereka memang cantik dan bersih, tetapi melalui kawasan kampung, bila-bila masa akan ada penunggang motosikal melintas, jangan sampai terlibat dengan kemalangan.
4. Kalau tak pasti berhentikan kenderaan anda dan bertanya kepada penduduk tempatan.(Walaupun kadang-kadang kita tak faham apa yang mereka cuba terangkan)
5. Makan dan minum apa yang mereka makan dan minum(pastikan halal dulu) kita merantau kerana nakkan pengalaman.
6. Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi.Isi penuh semula bila tangki anda tinggal setengah.Kita tak tau bila kita akan jumpa stesen minyak lagi. Kalau anda ke koh samui isi minyak sebelum naik ke pulau kerana harganya mahal sikit di pulau.
7. Kalau boleh ticket feri prebook siap-siap jika tidak anda terpaksa menunggu giliran kerana mereka akan melepaskan kenderaan yang telah prebook dulu.(Kami sangkut 3 jam setengah di nathon kerana walk in.)
8. GPS kami kadang-kadang kehilangan signal ketika dalam kawasan padat. Bawak banyak bersabar.Kaji landmark sebagai petunjuk.
9. Bawa makanan sebagai bekalan sekiranya anda tidak jumpa kedai makanan halal.Umpamanya roti,biskut, makanan ready to eat ( brahims) kami siap bawa rice cooker, cerek elektrik dan sandwich toaster.
10. Bawa tisu basah untuk kegunaan kecemasan.(istinjak)
11. Bawa peti kecemasan dan ubatan seperti ubat batuk,demam, selsema.
12. Rancang perjalanan anda agar anda tidak tergesa-gesa.Kalau boleh pemanduan dalam keadaan santai.
13. Ambillah takaful perjalanan.Kami ambil yamg basic rm60 cover kami sekeluarga selama seminggu.
14. Jangan lupa berdoa dan bertawakkal. Perbetulkan niat kita untuk bermusafir kerana Allah taala.
Untuk rujukan anda boleh baca kisah kami.
1. Hari pertama
2. Hari kedua
3. Hari ketiga
4. Hari keempat
5. Hari ke lima bahagian satu
6.Hari kelima bahagia ke dua
7. Hari ke lima bahagian ketiga.
8. Hari keenam dan ketujuh
Sekian sedikit perkongsian dari kami sekeluarga.Harapan kami agar dapat membantu sedikit sebanyak anda merancang perjalanan anda.
Papa tiada harta berjuta nak tinggalkan pada kamu semua. Sekadar memori kenangan manis kita sekeluarga.
Kundasang
Sabtu, 25 Jun 2016
Rabu, 15 Jun 2016
Hari terakhir kami di Thailand
Mmmm.....pejam celik dah masuk enam hari kami bermusafir di Thailand. Seronok dan sedih.Seronok bermusafir dan sedih kerana terpaksa pulang.Selesai berkemas kami keluar membeli sarapan.Lebih kepada brunch.Hari ini jumaat beberapa kedai tutup.Pilihan kami seperti biasa khaomok dan pulut ayam,isteri beli nasi putih dan lauk.
Yang ini Thai fish cake.
Ikan kembung sumbat,sampai tak nampak ikan hahaha....
Singgang ikan kembung.Sama macam singgang kita.
Yang warna kuning tu gulai rebung dengan fish ball.
Kerabu jangan lupa
Cantik potongan fishballnya.
Berselera mereka...
Makan sambil lihat bot lalu lalang.
Motor aiskrim pun ada konvoi.Salah seorang darinya brader yang meniaga di pulau Koyo semalam.
Lepas makan amik gambar kepala naga.
Perpustakaan bergerak ni kami perhatikan sentiasa ada di sini.Kami teruskan dengan aktiviti last minute souvenir shopping.
Selesai shopping kami meneruskan perjalanan balik ke bilik....mata saya meliar mencari penjual aiskrim kelapa....namun tiada kelihatan penjual Muslim.Barangkali cuti jumaat kot?
Akhirnya terjumpa seorang penjual Muslim....
Dua Kak....
Ngeee......
Aisrim,serve dalam tempurung,ada pulut,roti,isi kelapa,kacang,jeli kering....mmmmm....lepas satu lagi hajat.Alhamdulillah....
Kami pun balik ke bilik, mandi dan check out.Selesai isi minyak dan beli teh ais madu dan kopi ais kami bergerak meninggalkan Songkhla....destinasi beikutnya adalah pekan Danok.
Sesi perabih baht di danok, beli beras, pulut,thermos nasi, kukus, dan plet no Thailand hehehe....
Kedai stiker
Kita makan dulu..
Menu special daging bakar.Dihidangkan bersama sos dan daun selasih.
Pulut mangga dan pulut durian.
Singgah solat di masjid danok....selepas tu pulang ke Malaysia!
Jangan lupa pulang borang pengisytiharan kastam ini.Kami seberang ke Malaysia jam enam petang,isteri saya cadangkan tidur di pulau pinang,kalau drive takut mengantuk.
So kami tidurlah semalam di pulau pinang.
Keesokan harinya badan dan segar,saya bawa keluarga bersarapan di batu feringghi,anak-anak nak mandi laut.Aritu kat samui depa galak mandi pool, laut pun tak pandang.
Lepas bergumbira kami balik ke bilik untuk check out.Singgah ke little India cari rempah.
Nak tapau mana satu ni? Kapitan ke kassim mustaffa?
Wife kata kassim mustaffa, ada nostalgia bapanya pernah bawa makan di situ.
Anney kasi bungkus....
Singgah makan di r n r juru. Selesai makan dan solat kami meneruskan perjalanan pulang.Alhamdulillah selamat sampai jam 5.30 petang. Syukur tiada perkara yang buruk menimpa kami sepanjang perjalanan 7 hari 6 malam.Kali pertama kami road trip ke luar negara, tanpa konvoi, hanya sebuah kenderaan dan satu keluarga, mencari pengalaman di negara orang.Banyak yang kami pelajari, benda baru dan menarik membuka mata dan minda kami.Insya Allah kami akan ke sana lagi sekiranya di izinkan Allah.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Selasa, 14 Jun 2016
Steamboat dan BBQ halal di songkhla!
Saya dapat tau tentang tempat ini dari satu blog.Cuma dapat vague description sahaja namun saya fikir dah kita berada di songkhla why not kita cuba cari?Kami keluar awal sikit,senang nak cari jalan semasa cerah.
Dia yang paling seronok makan di sini.Siap jadi runner ambil makanan dan tukang grill lagi.Dapur tersebut menggunakan arang sebagai bahan bakar.
Yay!Kami berjaya sampai ke sini!Baru tahu namanya singhanakorn hot pot.Seberang selat aje.Naik feri lagi dekat hahaha....ikut jalan darat makan belas-belas km jugak.Lokasinya ialah di pulau KoYo.
Kira duit dulu.....
Dapat wakaf tepi jalan.Dalam restoran dah penuh.
Mulakan aktiviti mencelup dan membakar!
Dia yang paling seronok makan di sini.Siap jadi runner ambil makanan dan tukang grill lagi.Dapur tersebut menggunakan arang sebagai bahan bakar.
Surau dan tandas ada disediakan.
Yang ini kaunter dessert.Cendol, jeli, dan bermacam jenis bubur.Anak saya buatkan cendol durian untuk saya,tiga mangkuk saya ulang.Isteri saya suka iced jelinya.Siap ada bunga melur dalam air gulanya.
MasyaAllah rambang mata kami.Macam-macam jenis makanan di sediakan,bagi yang malas nak masak nasi,berbagai noodle,lauk yang siap dimasak dan kerabu turut disediakan.
Jeruk dan keropok.
Kerabu,ulam-ulaman dan berbagai jenis lauk.
Bahan mentah untuk menggril dan mencelup. Ayam dan daging dalam berbagai jenis perapan,Udang dan sotong tanpa perapan.
Lauk lagi.
Yang ini kaunter bebola dan sayur-sayuran.
Nasihat kami kalau nak kemari pastikan anda betul-betul lapar.Baru anda boleh mencuba semua jenis makanan yang di hidangkan.
Bebola dan sayuran.Kami sangat sangat berpuas hati.Wife kat next time kalau ke sonkhla nak makan disini lagi.Semua setuju!Bil kami untuk 2dewasa dan 3 kanak-kanak cuma thb500 sahaja.Syukur semoga murah rezeki owner.
Selesai makan anak-anak nak aiskrim.
Hahaha aiskrim tembikai,ko hado? Dah kenyang alhamdulillah.Jom balik!
Zoo songkhla dan aquarium songkhla
Selesai bersarapan kami bergerak ke zoo songkhla.Zoo ni special sikit,kita boleh pandu kereta ke dalam zoo.Kalau nak menapak sehari belum tentu habis,amat luas kawasannya.Kami gunakan GPS.Rupanya zoo ini di kawasan bukit.Kena tempuh sedikit kawasan perumahan.
Ada berbagai-bagai jenis hidupan laut di pamerkan.Namun main attraction ialah underwater shownya.Anda boleh ke laman fb saya untuk menonton rakaman tersebut.
Biri-biri sini suara dia lembut sikit.
Besor juga hyena ni.Ingat besor anjing je.
Burung kasawari
Semua bangun semasa lagu kebangsaan dimainkan.
Dah penuh baru dimulakan pertunjukan.
Habis show depa bagi budak-budak pose dengan binatang.
Pergi tempat penguin pulak
Ada sesi feeding untuk penguin.
Sesi feeding untuk harimau pula.Penyertaan pengunjung seperti di tempat penguin tidak dibenarkan hahahah....
Ini pula kawasan burung-burung.
Last bergambar sebelum ke akuarium songkhla.
Akuarium songkhla ni jauh sikit dari zoo.Makan beberapa km jugala.Tapi dekat dengan penginapan kami.
Last picture sebelum pulang.Kami singgah di pantai samila mencari souvenir.Di sini lebih murah.Kami pulang ke bilik untuk mandi dan solat.Malam ni kita pergi tempat special sikit.
Langgan:
Catatan (Atom)